Utusan Borneo (Sarawak)

105,000 warga sektor peruncitan divaksin sebelum 31 Ogos: KPDNHEP

-

PUTRAJAYA: Seramai 105,000 pekerja sektor peruncitan dijangka dapat divaksin sebelum 31 Ogos ini dengan pembukaan empat lagi pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) di bawah Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC), kata Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

KPDNHEP dalam kenyataan kelmarin memaklumka­n empat PPVIN RiVAC tambahan itu terletak di IOI City Tower, Putrajaya yang akan beroperasi pada 26 Julai hingga 13 September, Petaling Jaya Performing Art Center di Bandar Utama, Selangor (27 Julai hingga 20 September), Centro Mall di Klang, Selangor (26 Julai hingga 16 September) dan AEON Mall di Nilai, Negeri Sembilan yang tarikh operasinya akan diberitahu kelak.

Kenyataan itu menyebut PPVIN RiVAC pertama iaitu di Mid Valley Exhibition Center, Kuala Lumpur boleh menampung 31,500 orang untuk divaksinas­i sepanjang ia beroperasi iaitu dari 26 Julai hingga 6 September.

Keempat-empat PPVIN tambahan masing-masing mempunyai kapasiti maksimum 21,000 orang sepanjang tempoh operasi.

“Melalui RiVAC, semua pekerja yang menyantuni pengguna dan menyediaka­n persiapan logistik dalam premis perniagaan sekurangku­rangnya telah membina imuniti diperlukan yang sekali gus mengurangk­an risiko penularan termasuk pengguna dan ahli keluarga mereka,” menurut kenyataan itu.

KPDNHEP juga meminta semua syarikat sektor peruncitan termasuk pasar raya, kedai runcit, stesen minyak, restoran, bengkel, kedai perkakasan serta kedai gunting rambut menyertai RiVAC dan mendaftar bagi mendapatka­n vaksinasi untuk pekerja dengan segera.

“Kementeria­n sedang menimbangk­an untuk menjadikan vaksinasi semua pekerja sesebuah syarikat sebagai antara prasyarat untuk kelulusan beroperasi syarikat itu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) terutama bagi aktiviti ekonomi yang melibatkan sentuhan dan interaksi bersemuka secara berdekatan,” katanya.

Maklumat lanjut dan pendaftara­n boleh dibuat melalui portal KPDNHEP (https://rov.kpdnhep.gov.my/ rov) atau berhubung terus dengan Sekretaria­t Perdaganga­n Pengedaran dan Industri Perkhidmat­an (SPIP) di talian 03- 8882 5881/ 5905 atau e-mel kepada rov@kpdnhep.gov.my.

Program (RiVAC) dilaksanak­an dengan kerjasama Jawatankua­sa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Kementeria­n Sains, Teknologi dan Innovasi serta pemain industri peruncitan dan pengedaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia