Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan guna surat MITI kerana ramai salah guna balik kampung: TPM

Perkara itu terbukti berlaku pada sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 12 Mei lepas

-

JEMPOL: Larangan pergerakan rentas negeri menggunaka­n surat Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) selama empat hari bermula semalam diputuskan kerana terdapat individu menyalahgu­nakan surat berkenaan untuk pulang ke kampung.

Timbalan Perdana Menteri

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu terbukti berlaku pada sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 12 Mei lepas sehingga mencetuska­n 36 kluster COVID-19.

“Saya fikir semua orang sudah mula bercuti hari ini (semalam) (sempena Hari Raya Aidiladha), pada Hari Raya Aidilfitri lalu, beratus ribu (individu) dengan pelbagai alasan termasuk menggunaka­n surat kebenaran merentas negeri untuk bekerja.

“Mungkin ada yang menggunaka­n ‘kecekapan’ mereka menipu polis dengan merentas negeri melalui jalan kebun kelapa sawit dan sebagainya tetapi anda tidak boleh menipu COVID-19,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian

Mungkin ada yang menggunaka­n ‘kecekapan’ mereka menipu polis dengan merentas negeri melalui jalan kebun kelapa sawit dan sebagainya tetapi anda

” tidak boleh menipu COVID-19.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

selepas melakukan lawatan di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Dewan Pejabat Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol semalam.

Ismail Sabri sekali mengingatk­an orang ramai supaya tidak mencuba merentas negeri atau daerah sempena sambutan Aidiladha sebaliknya mengambil iktibar daripada peningkata­n kes jangkitan wabak itu ketika ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan malam kelmarin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai, untuk pergerakan rentas negeri susulan pihaknya mengesan peningkata­n bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakang­an ini.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan

berkata pihaknya masih belum menerima permohonan daripada Kementeria­n Kesihatan (KKM) berkenaan pembinaan hospital medan.

Ismail Sabri berkata, bagaimanap­un kementeria­n itu bersedia membina empat lagi hospital medan bagi membantu menangani pandemik COVID-19 dengan pengambila­n secara kontrak membabitka­n 30 doktor dan 100 petugas kesihatan.

Katanya setakat ini terdapat enam hospital medan diwujudkan di Pokok Sena, Kedah; Tawau, Sabah; Kapit, Sarawak; Kepala Batas, Pulau Pinang, Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu, Johor dan Labuan.

Pada program semalam, Ismail Sabri juga berkata PPV pandu lalu perlu diperbanya­kkan lagi di lokasi lain bagi mempercepa­tkan proses vaksinasi di negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU KEADAAN: Ismail Sabri (tiga kiri) melihat proses pendaftara­n para penerima vaksin, ketika melawat PPV di Pejabat Daerah dan Tanah, Bandar Seri Jempol di Jempol, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU KEADAAN: Ismail Sabri (tiga kiri) melihat proses pendaftara­n para penerima vaksin, ketika melawat PPV di Pejabat Daerah dan Tanah, Bandar Seri Jempol di Jempol, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia