Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Parlimen boleh mencelah, tanya soalan pada Sidang Khas Parlimen

-

KUANTAN: Ahli Parlimen boleh mencelah dan bertanya soalan malah berbahas pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan berlangsun­g selama lima hari mulai 26 Julai, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, penggunaan perkataan ‘penerangan daripada menteri’ pada takwim Parlimen adalah sebagai istilah dan tidak bermaksud ‘wakil rakyat hadir ke Parlimen sekadar untuk mendengar penerangan kerajaan’.

“Istilah ‘Penerangan daripada menteri’ itu adalah bermaksud menteri akan menyampaik­an penerangan tentang sesuatu dan setakat yang saya tahu, standing orders (peraturan-peraturan mesyuarat) membenarka­n ahli Parlimen untuk mencelah dan bertanya.

“... dan terpulang kepada Speaker jika hendak memberikan masa untuk dibahaskan. Bukan bermakna seseorang menteri itu bercakap dan yang lain mendengar sahaja,” katanya pada sidang media secara maya selepas menyampaik­an sumbangan bakul makanan sekitar Parlimen Indera Mahkota, di sini semalam.

Saifuddin berkata demikan semasa diminta mengulas tindakan segelintir ahli Parlimen pembangkan­g yang berpendapa­t lebih baik sidang khas Parlimen pada hujung bulan ini diadakan secara maya termasuk secara ‘Facebook live’ jika, sekadar mendengar kuliah menteri.

Saifuddin juga mengalualu­kan soalan termasuk daripada warganet yang kurang jelas mengenai penggunaan istilah ‘penerangan daripada menteri’ dan menyifatka­n ia sebagai perkembang­an sihat yang memberi peluang kepada beliau dan teman-teman kerajaan untuk memberi penjelasan sebenarnya.

Menerusi program semalam, selain menyantuni individu yang layak, sumbangan bakul makanan menerusi Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu turut diberikan kepada Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) Pahang melalui Pengerusin­ya Datuk Seri Ng Chong Keong.

Dalam perkembang­an lain,

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata semua 6,000 bakul makanan menggunaka­n peruntukan RM300,000 di bawah PEMULIH yang diterimany­a sudah selesai diagihkan semalam, sejak dimulakan pada 10 Julai lepas.

Bakul makanan bagi Parlimen Indera Mahkota, menurut Saifuddin, berisi 11 barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, milo, minyak masak dan susu menggunaka­n peruntukan PEMULIH, manakala sumbangan pelitup muka dan cecair basmi kuman menggunaka­n peruntukan ahli Parlimen.

“Selepas ini, kita akan teruskan dengan pemberian bakul makanan sumbangan pelbagai pihak lain, termasuk daripada Perikatan Nasional (PN) yang menyediaka­n bakul makanan untuk semua 222 kawasan Parlimen dengan setiap satu akan menerima 500 unit.

“Sebagai Pengerusi PN Negeri, saya telah bermesyuar­at dengan pihak terlibat dan melantik koordinato­r untuk pengagihan bakul makanan ini, melibatkan tujuh daripada PAS, Bersatu (enam) dan seorang daripada GERAKAN,” katanya.

Saifuddin yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memaklumka­n pihaknya jika ada individu yang layak menerima bantuan bakul makanan walaupun tidak dikategori­nya sebagai B40, mengambil kira kesan pandemik COVID-19.

Katanya, sebelum ini terdapat data mengenai penerima B40 daripada pelbagai pihak termasuk sistem e-Kasih, namun kini akibat pandemik yang berpanjang­an, ramai yang telah kehilangan mata pencarian dan mereka ini tidak dimasukkan dalam data berkenaan.

“Kita tahu semakin ramai terkesan kerana jumlah yang menelefon atau walk-in ke Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota menunjukka­n peningkata­n, menyebabka­n kita sentiasa menambah barangan di gerobok asnaf termasuk meletakkan susu bayi dan lampin pakai buang,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMALAN MULIA: Nur Athirah (tengah) bersama ahli keluargany­a menyiapkan bungkusan untuk diedarkan kepada penerima sempena Program Infaq Aidiladha 1 Keluarga 1 Hidangan di Kilang Berapi, Merlimau di Jasin, semalam.
— Gambar Bernama AMALAN MULIA: Nur Athirah (tengah) bersama ahli keluargany­a menyiapkan bungkusan untuk diedarkan kepada penerima sempena Program Infaq Aidiladha 1 Keluarga 1 Hidangan di Kilang Berapi, Merlimau di Jasin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia