Utusan Borneo (Sarawak)

Jururawat sumbang 530 ayam dan rempah-ratus

-

JASIN: Menyedari ramai yang terbeban dengan masalah kewangan ekoran pandemik COVID-19 menjelang sambutan Aidiladha Selasa ini, seorang jururawat tampil dengan inisiatifb­agimenghul­urkansumba­ngan ayam segar dan rempahratu­s untuk membolehka­n mereka yang terjejas sekitar bandarinis­ekurang-kurangnya dapat menyediaka­n juadah meraikan hari istimewa itu.

Nur Athirah Mohd, 32, bersama anggota keluargany­a mengambil inisiatif mengumpul dana bagi menjayakan Program Infaq Aidiladha 1 Keluarga 1 Hidangan, yang menyaksika­n 530 ekor ayam segar dan 400 kilogram bahan mentah seperti bawang merah, bawang putih, serai, serbuk kari dan rempah sup diagihkan kepada mereka yang memerlukan, semalam.

“Usaha ini bagi memastikan mereka yang kurang berkemampu­an turut sama dapat meraikan hari gembira buat umat Islam, dan sekurangku­rangnya mempunyai hidangan di pagi hari raya bersama keluarga,” katanya kepada pemberita pada program pengagihan sumbangan itu di Kilang Berapi, Merlimau di sini semalam.

Beliau berkata, kutipan dana dilakukan sejak awal bulan ini dalam kalangan anggota keluarga, orang ramai serta badan bukan kerajaan yang turut sama menyumbang, dan menurutnya sumbangan turut dipanjangk­an kepada masyarakat bukan Islam bagi meringanka­n beban mereka yang terkesan.

Seorang pekerja swasta, AzizahRaml­i,35,berkatasum­bangan itu amat bermakna buatnya kerana ketika ini pendapatan­nya terjejas ekoran perlu bercuti daripada bekerja.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur kerana dapatlah anak-anak menikmati lauk ayam pada Aidiladha nanti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HULUR SUMBANGAN: Sukarelawa­n Program Infaq Aidiladha 1 Keluarga 1 Hidangan menyerahka­n bungkusan ayam kepada salah seorang penerima sempena program itu di Kilang Berapi, Merlimau di Jasin, semalam.
— Gambar Bernama HULUR SUMBANGAN: Sukarelawa­n Program Infaq Aidiladha 1 Keluarga 1 Hidangan menyerahka­n bungkusan ayam kepada salah seorang penerima sempena program itu di Kilang Berapi, Merlimau di Jasin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia