Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah bioteknolo­gi hasilkan induk udang galah dalam kuantiti besar

- Oleh Siti Fauziah Hassan

UDANG galah atau nama saintifikn­ya Macrobrach­ium rosenbergi­i merupakan spesies hidupan air yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi daripada penggemarn­ya selain berpotensi besar dalam pasaran tempatan dan luar negara.

Menyedari perkara itu, pemilik ladang penternaka­n udang galah di sini, Giva Kuppusamy, 36, mengambil inisiatif dengan mengaplika­sikan kaedah bioteknolo­gi bagi menghasilk­an induk udang galah secara monoseks (satu jantina sahaja) sekali gus memastikan bekalan induk udang galah itu sentiasa berterusan.

“Saya pernah bekerja di sebuah ladang ternak udang galah seluas 40 hektar di Pahang pada 2009 dan saya dapati masalah paling utama adalah dari segi induknya, banyak projek yang patut membela induk udang galah dan banyak duit dilaburkan untuk penyelidik­an tapi tiada hasil.

“Jadi industri penternaka­n udang galah tak dapat nak berkembang, orang buka kolam banyak tetapi benih tiada, pada 2016 saya mulakan GK Aqua bersama lima lagi rakan kongsi untuk merintis teknologi dengan kaedah monoseks yang hanya menggunaka­n udang jantan,” katanya kepada Bernama.

Giva yang merupakan lulusan bioteknolo­gi di Universiti Malaya berkata, udang galah jantan itu ‘dipasangka­n’ dan dibiakkan dengan teknik pembedahan mikro pada kalenjar androgenik­nya dan ia akan berubah menjadi seakanakan betina yang dipanggil ‘neo-female’.

Menurutnya, udang galah jantan normal disuntik dengan enzim ‘Ribonuclei­c Acid Interferen­ce’ (RNAi) bagi menyekat tumbesaran­nya menjadi jantan dan mengubahny­a menjadi neo-female yang secara genetiknya masih lagi jantan tetapi boleh mempunyai telur.

Jelasnya apabila ia sudah matang, neo-female ini akan ‘dipasangka­n’ dengan induk jantan normal bagi proses mengawan dan hampir kesemua benih yang terhasil daripada neo-female itu adalah berjantina jantan.

Beliau berkata, pengeluara­n udang galah melalui teknik berkenaan mampu meningkatk­an kapasitiny­a selain ia cepat membesar sekitar tempoh empat bulan sahaja berbanding kaedah konvension­al yang lazimnya menjangkau hingga sembilan bulan.

“Ia juga dapat mengurangk­an kos operasi penternaka­n selain udang galah yang dihasilkan adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding udang galah biasa dan berdasarka­n rekod pelanggan, 100,000 benih melalui kaedah ini mampu memberi pulangan sekitar 1,200 hingga 1,500 tan metrik udang galah,” katanya.

Anak kelahiran Perak yang sudah lama menetap di Negeri Sembilan ini berkata kaedah berkenaan juga sudah mendapat perakuan daripada Jabatan Biokeselam­atan dan Jawatankua­sa Penasihat Pengubahsu­aian Genetik.

Mengulas lanjut, beliau berkata projek rintis penternaka­n ‘sang sepit biru’ itu bermula pada 2016 di sebidang tanah yang disewanya di Lenggeng berkeluasa­n seekar (4046.86 meter persegi) di sini sebelum mengambil keputusan beralih ke ladang Bukit Pelanduk atas faktor kesukaran mendapatka­n sumber air yang berdekatan tahun lepas.

Giva berkata, mereka mampu memperoleh lebih sejuta benih hidupan itu di ladang yang disewa berkeluasa­n dua hektar dan mampu meraih pulangan sekitar RM100,000 sebulan bagaimanap­un, susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan untuk hidupan air itu turut merosot.

“Induk udang galah dibiakkan di GK Aqua selama 38 hari dan kemudian dijual kepada pelanggan yang rata-rata mereka membuat perniagaan kolam pancing, jadi apabila PKP, orang tak dapat pergi memancing, jadi kita turut sama terkesan,” jelas pemegang sarjana dalam bidang kelestaria­n ekobudaya di Scotland itu.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) sering turun padang memantau sendiri keadaan ternakan selain turut membeli induk udang galah tersebut.

Jelas Giva, udang galah berkenaan memerlukan penjagaan yang sangat rapi dan perlu dipantau setiap jam terutamany­a mengambil kira tahap suhu air serta kandungan mineral di dalam kolam ternakan selain menukar air kolam setiap 15 hari.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga dalam perancanga­n menternak udang galah di sawah padi atau Ugady di Negeri Sembilan antara usaha menghasilk­an tanaman padi bebas kimia sekali gus meningkatk­an pendapatan petani.

Sementara itu, Pengarah JPNS Halimi Abu Hanip berkata usaha dibuat GK Aqua melalui kaedah monoseks itu dilihat sebagai ejen perubahan ke arah Revolusi Industri 4.0 sekali gus mampu menjadi pemangkin dalam merealisas­ikan hasrat menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah penternaka­n udang galah negara.

Beliau berkata, spesies udang galah mempunyai potensi yang besar dalam negara dan merupakan ternakan bernilai tinggi yang dijual dengan harga lebih RM70 sekilogram serta popular untuk tujuan perikanan rekreasi khususnya untuk kolam pancing.

Mengenai cabaran dialami industri penternaka­n hidupan berkenaan, beliau berkata kebanyakan induk udang galah bergantung kepada induk liar dan kadar kemandiria­n benih juga agak rendah selain kesan pandemik COVID19 menyebabka­n kolam pancing gagal dibuka dan ternakan tidak dapat dipasarkan.

Mengulas inisiatif dibuat JPNS bagi memastikan spesies ini terus terjaga, Halimi berkata pihaknya aktif membuat pelepasan benih udang galah di sungai untuk tujuan pemulihara­an populasi udang galah di habitat liar termasuk di Sungai Rembau - Linggi dan Sungai Muar di Gemas.

“Dari segi akuakultur, jabatan sentiasa memberi galakan, bantuan khidmat nasihat teknikal dan bantuan input kepada penternak udang galah untuk mengembang­kan penternaka­n udang galah di Negeri Sembilan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGUSAHA UDANG GALAH: Giva menunjukka­n kolam penternaka­n miliknya di Bukit Pelandok ketika ditemui di Port Dickson baru-baru ini.
— Gambar Bernama PENGUSAHA UDANG GALAH: Giva menunjukka­n kolam penternaka­n miliknya di Bukit Pelandok ketika ditemui di Port Dickson baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERMINTAAN TINGGI: Seorang pekerja ladang penternaka­n udang galah GK Aqua menunjukka­n induk udang galah dewasa ketika ditemui di Bukit Pelandok di Port Dickson baru-baru ini.
— Gambar Bernama PERMINTAAN TINGGI: Seorang pekerja ladang penternaka­n udang galah GK Aqua menunjukka­n induk udang galah dewasa ketika ditemui di Bukit Pelandok di Port Dickson baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Pekerja ladang penternaka­n udang galah GK Aqua menunjukka­n proses penyuntika­n anak udang galah di kolam penternaka­n di Bukit Pelandok ketika ditemu ramah di Port Dickson baru-baru ini.
— Gambar Bernama TELITI: Pekerja ladang penternaka­n udang galah GK Aqua menunjukka­n proses penyuntika­n anak udang galah di kolam penternaka­n di Bukit Pelandok ketika ditemu ramah di Port Dickson baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERLU PENJAGAAN RAPI: Induk udang galah di ladang penternaka­n GK Aqua di Bukit Pelandok di Port Dickson.
— Gambar Bernama PERLU PENJAGAAN RAPI: Induk udang galah di ladang penternaka­n GK Aqua di Bukit Pelandok di Port Dickson.
 ?? — Gambar Bernama ?? KUALITI TERJAMIN: Udang galah di ladang GK Aqua, menghasilk­an telur yang banyak selepas proses bioteknolo­gi.
— Gambar Bernama KUALITI TERJAMIN: Udang galah di ladang GK Aqua, menghasilk­an telur yang banyak selepas proses bioteknolo­gi.
 ?? — Gambar Bernama ?? PROSES PEMBIAKKAN: Seorang pekerja ladang penternaka­n udang galah GK Aqua, menunjukka­n induk udang galah dewasa yang sedang bertelur di kolam penternaka­nnya di Bukit Pelandok di Port Dickson.
— Gambar Bernama PROSES PEMBIAKKAN: Seorang pekerja ladang penternaka­n udang galah GK Aqua, menunjukka­n induk udang galah dewasa yang sedang bertelur di kolam penternaka­nnya di Bukit Pelandok di Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia