Utusan Borneo (Sarawak)

MAFI waspada jangkitan LSD ke atas lembu tempatan

Kementeria­n sentiasa pantau premis seluruh negara, kesan jangkitan

-

RANTAU PANJANG: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa berwaspada dan peka terhadap isu penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) atau kulit kental/berbonjol yang menjadi kegusaran penternakp­enternak lembu di dalam negara.

“Bagi Kelantan sahaja sebanyak 608 premis telah diperiksa melibatkan 6,092 ekor lembu dan didapati 14 ekor lembu disahkan positif. ”

Datuk Che Abdullah Mat Nawi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kementeria­n melalui Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) sentiasa memantau dan memeriksa premis-premis di seluruh negara bagi mengesan ternakan lembu yang dijangkiti.

Beliau berkata sehingga kelmarin, sebanyak 12,757 premis telah diperiksa melibatkan 168,734 ekor lembu dan daripada jumlah itu, sebanyak 169 ekor lembu dari 101 premis positif LSD.

“Bagi Kelantan sahaja sebanyak 608 premis telah diperiksa melibatkan 6,092 ekor lembu dan didapati 14 ekor lembu disahkan positif,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Stesen Kuarantin MAQIS Rantau Panjang di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata di Stesen Kuarantin MAQIS Rantau Panjang, terdapat 59 ekor lembu yang ditahan hasil usaha sama MAQIS bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sentiasa komited dalam mengekang aktiviti penyeludup­an di sepanjang sempadan negara.

Katanya, secara keseluruha­nnya lima daripada 59 ekor lembu yang ditahan tersebut disyaki terdapat tanda-tanda klinikal LSD.

“Pada Mei lepas, difahamkan MAQIS Kelantan turut mengesan dan mengesyaki terdapat 14 daripada 235 ekor lembu yang diimport dari Thailand mempunyai tandatanda penyakit LSD semasa dalam tempoh kuarantin.

“MAQIS juga telah membuat pemantauan rapi ke atas kesemua lembu tersebut dengan kerjasama pihak Jabatan Perkhidmat­an Veterinar bagi mengawal serta mengelak penyakit tersebut daripada terus merebak dan menjejaska­n industri ternakan lembu khususnya di Kelantan,” katanya.

Che Abdullah berkata,

MAFI melalui MAQIS akan terus memperting­kat kawalan dan penguatkua­saan di sempadan khususnya di pintu masuk negara bagi memastikan keselamata­n makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian serta penternaka­n negara dapat dibendung serta dikawal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN KERJA: Che Abdullah (depan, kiri) melihat dari dekat sebahagian lembu yang dikuaranti­n sewaktu lawatan kerja ke Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) Kelantan, Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN KERJA: Che Abdullah (depan, kiri) melihat dari dekat sebahagian lembu yang dikuaranti­n sewaktu lawatan kerja ke Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) Kelantan, Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia