Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan kaji semula projek belum dimulakan: Mustapa

-

BACHOK: Kerajaan akan mengkaji semula semua projek pembinaan di seluruh negara yang belum dimulakan terutama dari segi kos, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Unit Perancang Ekonomi dan pihak Kementeria­n Kewangan akan mengkaji semua projek khususnya yang belum mula lagi tetapi sudah ada peruntukan dan tindakan akan diambil mengenai hala tuju semua projek ini,” katanya pada sidang media Pelaksanaa­n Projek Infra Jalan di Kelantan kelmarin.

Beliau berkata, ini berikutan banyak projek yang sudah disediakan peruntukan mengalami perubahan daripada aspek kos susulan berlaku kenaikan harga bahan binaan dan tanah.

Katanya, Kementeria­n Kerja Raya telah mengemukak­an permohonan kontraktor mengenai peruntukan tambahan akibat kenaikan harga bahan binaan pada satu mesyuarat yang dipengerus­ikan beliau serta Ketua Setiausaha Negara minggu lepas.

Mustapa berkata, proses pelaksanaa­n projek juga ‘bergerak’ perlahan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Beliau juga berkata, kerajaan akan memastikan setiap projek pembinaan jalan raya di Kelantan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12 serta Rolling Plan Pertama akan dilaksana mengikut jadual yang ditetapkan.

Mustapa berkata, ini termasuk 10 projek bagi meningkatk­an infra jalan di luar bandar yang melibatkan peruntukan RM297 juta secara keseluruha­n dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun selepas pelaksanaa­n.

“Empat daripada 10 projek itu telah dikeluarka­n surat setuju terima (SST) dengan tarikh milik tapak pada Ogos dan Disember ini yang melibatkan kos sebanyak RM183.8 juta manakala selebihnya masih dalam tindakan Jabatan Kerja Raya iaitu di peringkat perancanga­n serta reka bentuk dan menjangkak­an enam projek tersebut dikeluarka­n SST pada tahun ini atau selewatlew­atnya pada suku pertama 2022,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan komited untuk memastikan lebuh raya baharu iaitu Central Spine Road (CSR) atau Lebuh Raya Utama Tengah, yang menghubung­kan Kelantan ke Kuala Lumpur melalui Pahang, dapat dilaksana di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 seterusnya mencapai sasaran menyiapkan projek itu pada 2025. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia