Utusan Borneo (Sarawak)

Penerima bakul makanan syukur, bantu kurang beban kewangan

-

KUANTAN: Kehidupan Hew Choon Seong berubah sekelip mata apabila kaki kanannya hilang upaya akibat jangkitan kuman empat tahun lepas, sehingga menyebabka­n beliau terpaksa berhenti kerja sebagai tukang masak di sebuah restoran.

Sejak itu, Hew, 46, yang menetap bersama ibunya di Indera Mahkota 2 di sini, hidup secara berjimat cermat dengan mengunakan bantuan daripada pelbagai pihak untuk membesarka­n empat anaknya yang berusia antara enam dan 12 tahun.

“Saya malu juga untuk menerima bantuan, namun apa lagi yang boleh dibuat...keadaan kesihatan semakin teruk dengan tangan kanan juga semakin lemah sehingga tidak mampu memegang pen.

“Selain perbelanja­an sekolah anak, saya perlu memikirkan pinjaman bank yang masih berjalan. Nasib baik rawatan hospital percuma disebabkan saya ialah orang kurang upaya (OKU),” katanya kepada Bernama semasa ditemui di rumahnya di sini semalam.

Hew ditemui selepas menerima sumbangan bakul makanan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota di rumahnya di sini semalam.

Beliau juga berterima kasih kepada pemberian sumbangan bakul makanan, yang antaranya berisi makanan asas seperti beras, minyak masak, susu, milo, tepung dan gula itu, sedikit sebanyak meringanka­n belanja bulanan dapurnya.

Seorang lagi penerima bantuan itu, Mohd Rosli Mohd Nor, 55, berkata pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lepas, menjejaska­n pendapatan bulanannya sebagai pembantu kedai perkakasan kerana majikannya membuat giliran hari bekerja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bagi menampung ‘kekurangan gaji bulanan sebelum ini’, Mohd Rosli yang menetap di Kampung Cenderawas­ih di sini, mengambil upah memarut kelapa dengan tempahan diterima daripada peniaga dan pengusaha kedai makan di sekitar daerah ini.

“Bekalan kelapa dihantar terus ke rumah. Jadi mudah untuk saya buat kerja parut kelapa di depan rumah. Saya tak boleh duduk saja kerana anak (Siti Zahra) terlantar sejak lahir tujuh tahun lepas.

“Kami diberitahu dia mempunyai masalah akibat sawan dan sehingga sekarang juga tidak boleh bercakap, selain perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selang beberapa bulan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH: Saifuddin (kanan) yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota beramah mesra dengan peniaga, Yusniza Mat Yusof,41, yang berniaga di hadapan rumahnya ketika menyampaik­an bakul makanan kepada para penduduk Kampung Bukit Setongkol, Kuantan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, semalam. Parlimen Indera Mahkota mengagihka­n bakul makanan menggunaka­n peruntukan RM300,000 di bawah Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu meringanka­n beban penduduk.
— Gambar Bernama RAMAH: Saifuddin (kanan) yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota beramah mesra dengan peniaga, Yusniza Mat Yusof,41, yang berniaga di hadapan rumahnya ketika menyampaik­an bakul makanan kepada para penduduk Kampung Bukit Setongkol, Kuantan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, semalam. Parlimen Indera Mahkota mengagihka­n bakul makanan menggunaka­n peruntukan RM300,000 di bawah Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu meringanka­n beban penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia