Utusan Borneo (Sarawak)

Giroud lengkapkan perpindaha­n ke AC Milan

Penyerang veteran dari Perancis itu ditawarkan dengan kontrak selama dua tahun

-

Kepada semua penyokong Chelsea, rakanrakan sepasukan, jurulatih, keseluruha­n kelab, saya amat berterima kasih kepada anda di atas saat istimewa bersama anda, saya akan memulakan perjalanan baharu dengan rasa gembira dan

” tenang.

Oliver Giroud

Penyerang baharu AC Milan

MILAN: Penyerang veteran Perancis, Olivier Giroud, melengkapk­an perpindaha­nnya dari Chelsea ke AC Milan, menurut kelab Serie A Itali itu pada Sabtu.

Pemain berusia 34 tahun itu menjalani pemeriksaa­n perubatan Jumaat lalu sebelum menandatan­gani kontrak bersama AC Milan, naib juara Serie A Itali musim lepas untuk kembali semula ke Liga Juara-Juara pada musim hadapan selepas tujuh tahun.

“AC Milan dengan sukacita mengumumka­n kehadiran Olivier Jonathan Giroud untuk perpindaha­n tetap dari Chelsea,” kata kelab dalam satu kenyataan tanpa mengulas tempoh kontrak, yang didakwa oleh media selama dua tahun.

“Penyerang antarabang­sa Perancis ini akan menyarung jersi nombor 9.”

Chelsea melanjutka­n kontrak Giroud bulan lepas untuk setahun lagi sehingga 2022 tetapi beliau lebih berminat untuk meninggalk­an Stamford Bridge selepas gagal menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama selepas bermain hanya lapan kali dalam kesebelasa­n utama liga musim lepas.

“Kepada semua penyokong Chelsea, rakan-rakan sepasukan, jurulatih, keseluruha­n kelab, saya amat berterima kasih kepada anda di atas saat istimewa bersama anda, saya akan memulakan perjalanan baharu dengan rasa gembira dan tenang,” ciap Giroud di akaun rasmi Twitter beliau selepas menjalani pemeriksaa­n perubatan.

“Kemenangan kita dalam Piala FA, Liga Europa dan Liga Juara-Juara adalah sangat luar biasa.”

Di AC Milan, Giroud dijangka bergilir tempat dengan seorang lagi penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovi­c, yang masih merawati pembedahan lutut dan masih tidak pasti jika dapat memulakan musim baharu akan datang.

Beliau menyertai rakan senegarany­a, Theo Hernandez dan Mike Maigan, penjaga gol baharu AC Milan, yang kali terakhir memenangi Serie A pad 2011.

Giroud memenangi Ligue 1 Perancis bersama Montpellie­r pada 2012 sebelum berpindah ke England, menghabisk­an enam musim di Arsenal sebelum menyertai Chelsea pada 2018.

Bersama Arsenal, beliau menjaringk­an 105 gol dari 253 perlawanan, memenangi tiga kejuaraan Piala FA dan satu Piala Perisai Komuniti.

Di Chelsea, beliau menjaringk­an 39 gol dari 119 perlawanan, memenangi trofi Piala FA, Liga Europa pada 2018 dan Liga Juara-Juara musim lepas.

“Kami mahu berterima kasih kepada Olivier di atas khidmat cemerlang beliau dan mengharapk­an beliau yang terbaik di masa hadapan,” kata Chelsea dalam satu kenyataan.

Giroud membuat penampilan sulung bersama skuad Perancis pada November 2010, menjaringk­an 46 gol dari 110 penampilan dan memenangi Piala Dunia pada 2018.

Beliau berpindah ke Itali dengan harapan untuk dapat bermain lebih kerap untuk mengintai peluang beraksi di Piala Dunia 2022 di Qatar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TONGGAK BAHARU: Giroud tiba di Klinik La Madonnina untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan sebaik tiba di Milan.
— Gambar AFP TONGGAK BAHARU: Giroud tiba di Klinik La Madonnina untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan sebaik tiba di Milan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia