Utusan Borneo (Sarawak)

Latihan persahabat­an uji keupayaan skuad Sang Badak

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Skuad Sang Badak tiba di Johor Bahru pada 16 Julai lepas untuk meneruskan latihan (Travel Bubble + Camp Based) bagi persiapan menghadapi baki saingan Liga Super yang akan bersambung semula pada 24 Julai ini menentang PJ City FC.

Sepanjang berada di Johor Bahru, semua pegawai, barisan kejurulati­han dan pemain-pemain Sabah FC sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan seterusnya akan mengadakan dua perlawanan latihan (persahabat­an) menentang JDT II FC.

Perlawanan latihan (persahabat­an) pertama berlangsun­g pada malam 17 Julai sementara perlawanan seterusnya pada 19 Julai 2021. Kedua-dua perlawanan berlangsun­g di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos Larkin Johor.

Sementara itu, Pengendali Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto menyifatka­n perlawanan latihan persahabat­an itu amat penting bagi mencari keserasian, kelebihan serta kelemahan yang ada sebelum pertemuan menentang PJ City FC nanti.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media kelmarin.

"Yoyo (Josip Ivancic) dan Nazirul, dua pemain baharu yang dibawa masuk selepas jendela perpindaha­n kedua kini semakin serasi bersama pasukan dan mereka sudah mengerti dan memahami apa yang menjadi 'game plan' kita.

"Kedua-dua pemain itu akan diuji dalam perlawanan latihan persahabat­an dan berharap mereka akan cepat faham dan mudah beradaptas­i dengan apa yang menjadi 'game plan' kita," katanya.

Kurniawan berkata, kesemua 26 pemain yang dibawa ke Johor Bahru akan diberi peluang bermain dalam perlawanan latihan persahabat­an itu nanti agar mereka dapat merasakan tekanan.

Katanya, ia juga bagi memperbaik­i 'match fitness' kerana Sabah FC akan bermain sebanyak sembilan perlawanan dalam tempoh 27 hari dan kesemua pemain harus bersiap sedia untuk diturunkan dalam baki saingan Liga Super.

 ??  ?? PENGENDALI SABAH FC: Kurniawan Dwi Yulianto.
PENGENDALI SABAH FC: Kurniawan Dwi Yulianto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia