Utusan Borneo (Sarawak)

Hotspur intai Aouar, tawarkan Ndombele sebagai pertukaran

-

LONDON: Kelab Tottenham Hotspur menyertai saingan untuk mendapatka­n pemain dari kelab Lyon, Houssem Aouar dengan menawarkan Tanguy Ndombele dalam satu perjanjian pertukaran pemain, menurut sumber ketika memberitah­u penyiaran ESPN.

Lyon dipercayai bersedia untuk menjual Aouar dengan harga murah sekitar 25 juta euro.

Arsenal juga dikatakan berminat dengan pemain tengah itu tetapi perlu menjual pemain terlebih dahulu sebelum memulakan bidaan. Paris Saint Germain (PSG), Manchester United, Liverpool dan sebuah kelab tidak dinamakan dari Sepanyol, juga dikatakan berminat.

Bagaimanap­un, Spurs dikatakan sudah menghubung­i Lyon dengan satu cadangan yang termasuk peluang mendapatka­n semula Ndombele, yang menyertai Spurs untuk rekod perpindaha­n 60 juta euro pada Julai 2019.

Sumber memberitah­u bahawa tiada respons rasmi dari Lyon setakat ini walaupun mereka mahukan tunai selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan dan terkesan dari segi kewangan seperti semua kelab lain kerana pandemik COVID-19.

Aouar berminat dengan satu perpindaha­n ke Liga Perdana. Rundingan dikatakan masih berjalan di antara Spurs dan Lyon tetapi ia masih tidak jelas sama ada Arsenal akan meningkatk­an minat mereka selepas bidaan bernilai 35 juta euro ditolak musim lepas apabila nilai pemain berusia 23 tahun itu ialah pada sekitar 60 juta euro.

Aouar adalah salah seorang dari beberapa pemain tengah kreatif yang berada dalam senarai buruan Arsenal tetapi mereka perlu menjual sekurang-kurangnya seorang lagi pemain di posisi yang sama sebelum membuat bidaan.

Granit Xhaka sedang berunding untuk menyertai AS Roma sementara Arsenal juga bersedia mendengar tawaran untuk Lucas Torreira dan juga ada persoalan tentang masa depan Joe Wilcock dan Ainsley Maitland-Niles. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JADI SASARAN: Aouar (kanan) semasa beraksi dalam perlawanan persahabat­an di antara Lyon dan Wolfsburg di Stadium Groupama, berdekatan Lyon.
— Gambar AFP JADI SASARAN: Aouar (kanan) semasa beraksi dalam perlawanan persahabat­an di antara Lyon dan Wolfsburg di Stadium Groupama, berdekatan Lyon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia