Utusan Borneo (Sarawak)

Berhalter ragui keberkesan­an boikot Piala Dunia 2022

-

WASHINGTON: Jurulatih pasukan bola sepak Amerika Syarikat (AS), Gregg Berhalter, berkata bahawa apabila ia melibatkan bantahan rekod hak asasi manusia ke atas tuan rumah Piala Dunia 2022, beliau lebih suka menyertain­ya dan “membawa kesedaran kepada situasi” dan membantah cadangan memboikot temasya sukan terbesar itu.

Pada bulan Mac lepas, pasukan bola sepak lelaki Belanda, Norway dan Jerman, memakai jersi membantah layanan pekerja di Qatar. Menurut laporan, kemalangan berkaitan kerja dan kematian semakin meningkat sejak hak penganjura­n Piala Dunia diberikan kepada Qatar pada 2010.

Menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Gibraltar, pemain Norway memakai baju semasa sesi memanas badan dengan tulisan ‘Hak Asasi Manusia Dalam dan Luar Padang,” dan ada perdebatan tentang mereka mungkin memboikot kejohanan itu. Pada keesokan harinya, pasukan Jerman juga memakai baju bertulis “Hak Asasi Manusia.”

Pasukan Belanda juga melakukan bantahan yang sama dengan memakai baju bertulis “Bola Sepak Menyokong Perubahan.”

Norway berkata mereka tidak akan memboikot Piala Dunia 2022.

Berhalter ditanya jika AS akan mengambil pendirian yang sama, beliau berkata: “Ada bantahan seperti Norway, ia adalah cara sepatutnya,” kata beliau.

“Tetapi saya juga fikir bahawa kita perlu membawa kesedaran kepada situasi ini dan saya fikir memboikot Piala Dunia mungkin tidak cukup bagus. Tetapi menyertain­ya dan membawa kesedaran kepada situasi mungkin boleh dilakukan. Jadi tugas kami ialah mendidik pemain, kakitangan tentang apa yang sebenarnya berlaku di sana dan menggunaka­n pesanan kami sendiri tentang bagaimana kami mahukan perubahan.”

Pasukan bola sepak lelaki pernah memakai baju mempromosi­kan kesaksamaa­n kaum, bersamaan dengan ungkapan “Be The Change.” — AFP

 ??  ?? BERHALTER
BERHALTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia