Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Utd FC dan Selangor FC II seri 2-2

-

KUALA LUMPUR: Jaringan penalti pemain import Selangor FC 2 George Attram pada babak kedua perlawanan, berjaya menafikan peluang Sarawak United FC untuk mengukuhka­n cengkaman di takhta Liga Premier selepas terikat 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Perbandara­n Manjung, Perak, kelmarin.

Sarawak United FC terlebih dahulu berada di hadapan selepas penyerang import, Uche Agba mendapat kuisan daripada Lee Changhoon dengan mudah menolak masuk bola ke gawang Selangor FC 2 pada minit ketiga masa kecederaan separuh masa pertama.

Namun, pasukan tuan rumah hanya mengambil masa empat minit untuk menyamakan kedudukan sebaik sahaja babak kedua perlawanan bersambung apabila Attram dengan tenang menyempurn­akan sepakan penalti yang diberikan pengadil, selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Sarawak United FC, Muhammad Zahril Azri Zabri.

Selepas 11 perlawanan, Sarawak United FC kini mengumpul 24 mata hanya dipisahkan dua mata oleh pasukan di tangga kedua iaitu Negeri Sembilan FC.

Sementara itu, satu lagi keputusan seri dicatatkan dalam perlawanan membabitka­n Perak FC II dan Kelantan FC di Stadium Perak, Ipoh yang berkesudah­an 1-1.

Selepas tiada jaringan dicatatkan pada babak pertama, penyerang gantian Nurshamil Abd Ghani, meletakkan pelawat di depan pada minit ke-56, sebelum pemain tengah Perak FC II Mohamad Aizat Safuan Razali menyelamat­kan tuan rumah daripada tewas dengan menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-69.

Keputusan itu menyaksika­n Kelantan FC kekal di tangga ketujuh liga dengan 15 mata, manakala Perak FC II berada di tangga kesepuluh dengan 10 mata.

Perlawanan membabitka­n Selangor FC 2 dan Sarawak United itu ditunda dari tarikh asal pada 7 April akibat hujan dan cuaca buruk ke semalam, manakala aksi di antara Perak FC II dan Kelantan FC yang sepatutnya berlangsun­g pada 7 Mei lepas juga ditunda, selepas dua pemain itu positif COVID-19.

Liga Malaysia 2021 sebelum ini berehat selepas perlawanan terakhir pada 9 Mei lepas, bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan beraksi dalam saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, serta juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Kejohanan Liga Juara-Juara Asia di Bangkok, Thailand, baru-baru ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia