Utusan Borneo (Sarawak)

PUJUK GOLONGAN MASIH DEGIL ENGGAN TERIMA VAKSIN

Terdapat golongan minoriti yang masih enggan dan takut untuk disuntik dengan vaksin COVID-19, kata Uggah

-

“Individu yang belum divaksin akan mudah dijangkiti virus itu dan berupaya membawa maut. ”

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Pemimpin masyarakat di setiap kawasan semalam diminta meyakinkan setiap individu yang masih berasa ragu untuk mendapatka­n suntikan vaksinasi agar berbuat demikian (mendapatka­n vaksinasi) .

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terdapat golongan minoriti yang masih enggan dan takut untuk disuntik dengan vaksin itu.

“Individu yang belum divaksin akan mudah dijangkiti virus itu dan berupaya membawa maut.

“Mereka yang belum mendapatka­n suntikan itu akan menjadi ancaman kepada yang lain,” katanya sebelum menyampaik­an geran

RM50,000 mewakili Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada pihak Jawatankua­sa Kuil Cina di Spaoh semasa lawatan singkatnya semalam.

Beliau ditemani Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat yang turut menyampaik­an geran berjumlah RM133,000 kepada lima persatuan Cina, Lembaga Pengurusan Kuil dan sekolah.

Uggah yang juga merupakan pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, mereka yang belum berbuat demikian harus mengambil vaksin yang diberikan secara percuma.

Bahkan disediakan kemudahan pasukan bergerak

petugas kesihatan yang akan datang terus ke kediaman golongan tua dan mereka yang berpenyaki­t untuk disuntik dengan vaksin.

“Jadi saya amat berharap pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi agar tolong mendekati, bercakap dan memujuk mereka yang masih ragu-ragu akan perkara ini.

“Jelaskan kepada mereka bahawa proses itu adalah amat penting untuk diri mereka sendiri dan semua orang di dalam negeri dan di luar negara,” tambahnya.

Turut menemani beliau dan Chuat adalah Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan Pemangku Residen Betong Abang Mohamed Abang Turki.

Rombongan turut berkunjung ke Rumah Luban Ili di Spaoh kerana 32 keluarga meminta bantuan kerajaan untuk projek naik taraf rumah panjang mereka.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMALAH: Uggah (kiri) menyampaik­an cek kepada salah seorang wakil penerima persatuan Cina di Spaoh sambil ditemani Chuat (kanan) semalam.
TERIMALAH: Uggah (kiri) menyampaik­an cek kepada salah seorang wakil penerima persatuan Cina di Spaoh sambil ditemani Chuat (kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia