Utusan Borneo (Sarawak)

Empat negara Eropah terjejas teruk banjir

Bah bersejarah landa wilayah barat benua itu yang mengakibat­kan 170 maut, puluhan hilang

-

ERFTSTADT: Pasukan penyelamat bergegas kelmarin untuk mencari mangsa yang terselamat dan mangsa kemusnahan akibat banjir paling teruk melanda barat Eropah dalam sejarah, menyebabka­n sekurang-kurangnya 170 maut dan puluhan lagi hilang.

Jerman Barat mengalami kesan paling teruk banjir yang juga telah menenggela­mkan Belgium, Luxembourg dan Belanda, menyebabka­n jalan raya dan rumah tenggelam dalam air berlumpur serta mengasingk­an keseluruha­n masyarakat.

Dengan angka maut di Jerman pada 143 orang menjelang hari keempat bencana itu, pihak berkuasa berkata lebih banyak mayat berkemungk­inan ditemui di bilik bawah tanah yang dibanjiri dan rumah-rumah yang runtuh.

Kira-kira 22,000 anggota penyelamat telah digerakkan.

Di negeri-negeri paling terjejas di Jerman RhineWestp­halia Utara (NRW) dan Rhineland-Palatinate, penduduk beransuran­sur kembali ke rumah mereka serta menyaksika­n kemusnahan.

Canselor Angela Merkel melawat bandar Schuld yang teruk terbinasa di Rhineland-Palatinate semalam.

Presiden Frank-Walter Steinmeier meninjau kerosakan di Erftstadt di NRW kelmarin di mana tanah runtuh akibat banjir.

"Kami berkabung bersama semua yang kehilangan rakan, kenalan atau ahli keluarga," katanya.

Tetapi lawatan itu berakhir dengan kontrovers­i, di mana perdana menteri dan calon canselor NRWArminLa­schet dirakam kamera sedang ketawa bersama sekumpulan orang semasa Steinmeier membuat kenyataan.

"Laschet ketawa manakala negara menangis," tulis akhbar harian terlaris Bild.

Laschet kemudianny­a memohon maaf di Twitter.

Di tempat lain bandar itu, askar-askar meredah air berlumpur paras pinggang ketika cuba membersihk­an jalan-jalan dan mencari mayat mangsa antara runtuhan bangunan,jambatanda­nkereta yang separuh tenggelam.

Sekurang-kurangnya 98 mangsa Jerman tinggal di daerah Ahrweiler RhinelandP­alatinate, polis berkata dalam angka yang dikemas kini, termasuk 12 penghuni sebuah rumah orang kelainan upaya yang lemas dalam banjir.

"Saya telah tinggal di sini sepanjang hayat saya, saya dilahirkan di sini dan saya tidak pernah melihat perkara seperti ini," kata Gregor Degen, pemilik kedai roti di bandar spa Bad NeuenahrAh­rweiler yang musnah.

Di negara jiran Belgium, angka maut melonjak kepada 27 orang dan ramai masih hilang.

Presiden Suruhanjay­a Eropah Ursula von der Leyen dan Perdana Menteri Alexander de Croo melawat kawasan yang musnah akibat banjir di Rochefort dan Pepinster kelmarin.

"Eropah bersama anda," von der Leyen menulis ciapan selepas itu.

"Kami berkabung bersama anda dan akan bersama anda dalam pembinaan semula."

Belgium telah mengisytih­arkan Selasa sebagai hari perkabunga­n rasmi.

Luxembourg dan Belanda juga dibadai hujan lebat yang menyebabka­n banyak kawasan ditenggela­mi air dan memaksa beribu-ribu rakyat dipindahka­n dari bandar Maastricht.

Sebuah empangan pecah di daerah Heinsberg Jerman sejauh 65 kilometer barat daya Duesseldor­f semalaman mengakibat­kan pemindahan serta-merta lebih 700 penduduk.

Di beberapa kawasan terjejas, anggota bomba, pegawai tempatan dan askar, segelintir memandu kenderaan berperisai telah memulakan kerja-kerja pembersiha­n longgokan serpihan yang menyumbat jalan-jalan.

"Tugas itu sangat berat," kata Tim Kurzbach, datuk dandar Solingen di selatan kawasan Ruhr.

Skala sebenar bencana itu kini jelas, dengan bangunan yang rosak dapat dinilai, ada yang perlu dirobohkan, dan usaha sedang dijalankan untuk memulihkan perkhidmat­an gas, elektrik dan telefon.

Gangguan kepadarang­kaian komunikasi telah merumitkan usaha untuk menilai jumlah mangsa masih hilang, dan kebanyakan jalan di Lembah Ahr tenggelam tidak mempunyai rangkaian.

Roger Lewentz, menteri dalam negeri RhinelandP­alatinate, memberitah­u media tempatan sehingga 60 orang dipercayai hilang dan lebih 670 cedera.

Kerajaan berkata, mereka sedang berusaha untuk menubuhkan dana bantuan khas dengan kos kerosakan yang dijangka mencecah beberapa bilion euro. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Penduduk membersihk­an rumah yang dikotori lumpur setelah banjir surut di Bad Neuenahr-Ahrweiler, barat Jerman kelmarin.
— Gambar AFP MUSNAH: Penduduk membersihk­an rumah yang dikotori lumpur setelah banjir surut di Bad Neuenahr-Ahrweiler, barat Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia