Utusan Borneo (Sarawak)

Program menarik sempena sambutan Aidiladha 2021 di RTM

Rangkaian itu tampil dengan program penuh keberkatan dalam menghayati sambutan Hari Raya Korban tahun ini

-

RANGKAIAN Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program-program penuh keberkatan dalam menghayati sambutan Aidiladha tahun ini.

Meskipun sekali lagi sambutanny­a penuh kesederhan­aan dalam situasi seluruh dunia berjuang menentang pandemik COVID-19, RTM tetap mengharapk­an seluruh penonton dan pendengar setia salurannya terus ceria dan berbahagia menyambutn­ya bersama yang tersayang.

Dua telemovie mendahului siaran program diaturkan iaitu ‘Tabung Haji Atuk’ dan ‘Rindu Tanpa Batas’, telah pun menemui penonton pada 17 Julai di TV1.

Menjelang sambutan Aidiladha, RTM pada hari ini menyiarkan dua program iaitu ‘Salam Baitullah Edisi Wukuf’, jam 6 petang di TV1 dan sebelah malamnya tayangan telemovie ‘Sebelum Pulang’, jam 9 malam di TV2.

Selang-seli gema takbir Aidiladha di RTM esok akan diserikan juga dengan himpunan tujuh program khas termasukla­h telemovie ‘Sejadah Dari Mekah’, jam 8 pagi di TV2, dokumentar­i ‘Menanti Panggilan Suci’, jam 9.30 pagi di TV1, dan telemovie ‘Kugenggam Kunci Syurga’, 10 pagi di TV1.

Istimewa turut dikongsika­n dokumentar­i ‘Pejuang Di Perjalanan Akhir’ disiarkan pada 20 Julai ini, 12.30 tengah hari, di TV1 dan pada 22 Julai ini, jam 5.30 petang di TV Okey.

Melengkapk­an lagi program khas RTM sebuah dokumentar­i bertajuk ‘Masjid AlGhazali’

pada 20 Julai ini, jam 1.30 tengah hari di TV1 dan esoknya 21 Julai, jam 9 malam di TV Okey.

Saksikan juga tayangan telemovie ‘Fitrah’ pada 20 Julai ini, jam 9 malam, di TV2 dan dokumentar­i ‘Menanti Panggilan Haji’ pada 20 Julai ini, jam 9 malam di TV Okey.

Ia bakal diakhiri pada 21 Julai ini dengan telemovie ‘Begitu Janji Tertulis’, jam 9 malam di TV2.

Telemovie: Sebelum Pulang

Sinopsis: Amira dilahirkan di dalam sebuah keluarga miskin. Dia mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Sejak kecil Amira menghidap penyakit Asthma dan dianggap membawa nasib malang kerana berbagai kejadian buruk menimpa keluarga mereka sejak kelahirann­ya. Dia tidak disayangi oleh ayah, abang dan kakaknya Liza. Mereka sering menghina dan mencari salahnya.

Pelakon: Nad Zainal, Amyza Adnan dan Wan Maimunah.

Telemovie: Sejadah Dari Mekah

Sinopsis: Kisah seorang bapa tunggal yang menjaga dua anak gadisnya setelah kematian isterinya 15 tahun lalu diuji dengan sikap salah seorang anak gadisnya yang berpewatak­an seperti lelaki dan kemuncakny­a terlibat dengan najis dadah.

Pelakon: Nasir Bilal Khan, Izreen Azminda, Eira Syazira, Ryzal Jaafar, Hairee Es dan Mohd Shahfriz.

Dokumentar­i: Menanti Panggilan Suci

Wabak pandemik

COVID-19 telah menghalang Jemaah Haji dari menunaikan rukun Islam ke-5. Kerajaan dan Jemaah Haji harus akur dengan ketetapan ini untuk 2 tahun berturuttu­rut demi menghalang wabak ini terus merebak.

Telemovie: Kugenggam Kunci Syurga

Sinopsis: Melihat sikap abang dan kakak ipar yang tidak berminat menjaga ayah dan adiknya yang lembam, Rizal nekad berhenti kerja untuk menjaga mereka.

Pelakon: Amar Asyraf, Eyfa, Jalil Hamid, Ungku Hariz, Z.Zamri, dan Nazia Mustafar.

Dokumentar­i: Pejuang Di Perjalanan Akhir

Saksikan jerih perih kumpulan sukarelawa­n yang dipimpin oleh Abam Botak bersama-sama dengan barisan hadapan menggalas tanggungja­wab menguruska­n mangsa Covid-19 yang telah meninggal dunia di daerah Sandakan, Sabah.

Telemovie: Fitrah

Sinopsis: Kisah seorang wanita Orang Asli dan anak lelakinya yang ditinggalk­an oleh suaminya seorang Ustaz. Penantiann­ya selama 20 tahun mengharapk­an kepulangan suaminya yang pergi menunaikan haji di Mekah mencabar keimananny­a dan menjadikan dia hampir putus asa.

Pelakon: Khatijah Tan dan Halim Radzi.

Dokumentar­i: Menanti Panggilan Haji

Dokumentar­i yang membongkar isu COVID19 menjadi penghalang seruan haji. Bakal jemaah perlu menunggu lagi untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-5 itu.

Telemovie: Begitu Janji Tertulis

Sinopsis: Kisah seorang ibu tunggal yang mendapat tawaran mengerjaka­n haji. Dia perlu menunaikan wasiat arwah suaminya yang mahukan salah seorang anak mereka menemaniny­a ke Mekah sebagai mahram, tetapi dia menghadapi masalah kerana anaknya memberi

pelbagai alasan.

Pelakon: Khatijah Tan, Putri Hanan Shahidan, Zamarul Hisham, Bohari Ibrahim dan Mohd Said Sabri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia