Utusan Borneo (Sarawak)

SEKELUARGA NYARIS LEMAS

Tindakan pantas penghantar makanan, orang awam selamatkan mangsa terperangk­ap dalam kereta yang terbabas ke dalam parit

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan bersama orang awam sanggup terjun ke parit besar berjaya menyelamat­kan sebuah keluarga yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Camar, Petra Jaya malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman berkata, tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan dan orang awam sebagai responden pertama berjaya menyelamat­kan nyawa empat mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak.

"Pahlawan kita malam tadi, sekumpulan penghantar makanan, kalau tidak ada mereka, mungkin ada mangsa lemas,(marilah) sama-sama kita panjatkan doa untuk mereka," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, difahamkan seramai 12 orang termasuk penghantar makanan terjun ke parit tersebut yang dianggarka­n sedalam tujuh kaki.

Jelas Khirudin, tindakan pantas mereka sebagai responden pertama adalah bagi mengelakka­n air masuk ke dalam kereta dan mengeluark­an kesemua mangsa perlu dilakukan dengan pantas.

"Kesemua mangsa dilaporkan selamat dan mengalami trauma dan terus dihantar oleh unit Perkhidmat­an Penyelamat­an Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan kadar segera.

"JBPM Sarawak mengucapka­n ribuan terima kasih kepada orang awam yang terlibat khasnya kepada kumpulan penghantar makanan Grab Food Kuching Sarawak, tahniah," ujarnya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak berkata, kejadian yang dilaporkan sekitar jam 9.23 malam itu melibatkan sebuah kereta yang dinaiki keluarga terbabit.

Jelasnya, kereta itu terbabas dan terbalik di parit besar di lokasi tersebut.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan terdapat empat mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak berjaya dikeluarka­n oleh orang awam.

"Kesemua mangsa cuma cedera ringan dan telah dihantar oleh pihak bomba ke Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya.

 ??  ?? RAWAT: Bomba memberi rawatan awal kepada mangsa.
KEMALANGAN: Keadaan kereta yang dinaiki
keluarga terbabit selepas kemalangan.
HERO: Antara orang awam dan penghantar makanan yang bertindak pantas menyelamat­kan kesemua mangsa.
RAWAT: Bomba memberi rawatan awal kepada mangsa. KEMALANGAN: Keadaan kereta yang dinaiki keluarga terbabit selepas kemalangan. HERO: Antara orang awam dan penghantar makanan yang bertindak pantas menyelamat­kan kesemua mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia