Utusan Borneo (Sarawak)

KES SAMUN SELESAI KURANG 48 JAM

-

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap malam kelmarin selepas disyaki sebagai suspek utama kes samun sepasang suami isteri yang berlaku di Jalan Tupong pada 16 Julai lalu yang mengakibat­kan mangsa kerugian RM13,000.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditangkap sekitar jam 10.30 malam kelmarin di sebuah rumah di taman perumahan Lorong Menggris di sini.

Jelasnya, tangkapan itu berikutan laporan yang dibuat suami mangsa, 59, yang mengatakan dia bersama isteri telah menjadi mangsa samun pada 16 Julai 2021 sekitar jam 1.40 petang di Jalan Tupong yang menyebabka­n mangsa mengalami kerugian RM13,000.

“Bertindak atas maklumat risikan yang diperolehi, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuching yang diketuai Inspektor Muhamad Rizal telah berjaya menjejaki dan melakukan tangkapan ke atas seorang suspek utama yang terlibat dalam kejadian samun tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, sebaik tangkapan berjaya dilakukan malam kelmarin, soal siasat telah membawa kepada rampasan barang-barang kes seperti pakaian suspek, telefon bimbit, wang tunai, topi keledar serta motosikal yang diguna semasa melakukan jenayah samun tersebut.

Dedahnya lagi, semakan ke atas rekod jenayah juga mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes tipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini disiasat atas kesalahan samun tanpa senjata api di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” ujar Ahsmon.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u, suspek turut direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Kes masih dalam siasatan.

 ??  ?? BERKAS: Lelaki disyaki suspek utama kes samun
di Jalan Tupong berjaya diberkas.
BERKAS: Lelaki disyaki suspek utama kes samun di Jalan Tupong berjaya diberkas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia