Utusan Borneo (Sarawak)

28 penghuni Desa Bina Diri Kuching gelandanga­n terawal terima vaksin

-

KOTA SAMARAHAN: Seramai 28 penghuni Desa Bina Diri Kuching di Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan menjadi golongan gelandanga­n terawal menerima suntikan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah itu 16 lelaki dan 12 wanita yang terdiri daripada gelandanga­n daripada golongan orang kurang upaya (OKU) dan masalah kesihatan mental.

“Jumlah keseluruha­n penduduk Desa Bina Diri Kuching adalah seramai 28 orang di mana lima orang daripadany­a telah menerima vaksin.

“Pada program hari ini, seramai 23 orang lagi penghuni akan divaksin di mana lapan petugas daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) hadir menjalanka­n tugas vaksinasi,” katanya ketika berucap pada Program Vaksinasi Desa Bina Diri Kuching di sini semalam.

Mengulas tentang Desa Bina Diri Kuching, Fatimah berkata, ia adalah salah satu institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menempatka­n orang papa atau pengemis untuk mendapatka­n jagaan, perlindung­an dan pemulihan.

“Desa Bina Diri Kuching telah diwartakan sebagai institusi perlindung­an di bawah Akta Orang Papa 1977 [Akta 183] pada November 2014.

“Ia merupakan salah satu daripada lima Desa Bina Diri di Malaysia,” jelasnya.

Tambahnya, ia bersesuaia­n dengan namanya kerana objektif penubuhan Desa Bina Diri adalah untuk memberi perlindung­an, penjagaan dan pemulihan kepada penghuni yang terdiri daripada golongan papa.

Selain itu katanya, melatih penghuni supaya dapat menyesuaik­an diri dan dapat diintergra­sikan semula ke dalam masyarakat serta melengkapk­an diri dengan asas pembelajar­an dan kemahiran.

Mengenai program itu, beliau berkata ‘Program Outreach’ sebegini adalah satu usaha agar lebih ramai orang akan dapat divaksinka­n serta dapat mengelakka­n jurang keciciran dalam kalangan penduduk yang tinggal jauh dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Diharap kita semua berjaya mencapai imuniti kelompok dalam jangka masa terdekat dan semua golongan akan memperoleh manfaat daripada vaksin yang diberikan.

“Ucapan setinggi-tinggi penghargaa­n terima kasih kepada staf dan kakitangan KKM iaitu daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan yang hadir pada program vaksinasi pada hari ini,” ujarnya.

 ??  ?? TINGKATKAN IMUNISASI: Fatimah (kiri) menyaksika­n proses vaksinasi seorang penghuni Desa Bina Diri Kuching semalam.
TINGKATKAN IMUNISASI: Fatimah (kiri) menyaksika­n proses vaksinasi seorang penghuni Desa Bina Diri Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia