Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran besar di AS merebak lagi, penduduk diarah pindah

-

LOS ANGELES: Ditambah dengan cuaca panas dan kering di seluruh Amerika Syarikat (AS) Barat dan Kanada kelmarin, kebakaran ‘Bootleg Fire’ di Oregon merebak lagi lantas pihak berkuasa mengarahka­n pemindahan.

Bootleg, kebakaran terbesar antara 80 kebakaran yang aktif di AS, merebak semalaman dari 274,000 ekar kepada 290,000 ekar, tiga kali ganda saiz bandar Detroit, kata pihak berkuasa.

Sekitar 2,000 penduduk telah dipindahka­n, dengan lebih ramai menyusul pada Ahad.

Imej satelit daripada perkhidmat­an Cuaca Nasional menunjukka­n kepulan asap besar dihasilkan Bootleg, di Oregon selatan sehingga sempadan Kanada.

Namun pasukan bomba kini sedang memadam kebakaran Bootleg di barat, dan kawalan keseluruha­n api telah meningkat tiga kali ganda kepada 22 peratus.

Angin kencang serta ribut petir masih menjadi ancaman serius.

Menurut pihak bomba panahan petir mendorong kebakaran merebak pantas di Lake Tahoe California. Digelar ‘Tamarack Fire’, dan bertambah buruk dengan angin kencang, api telah merebak sehingga 20,000 ekar, tanpa dapat dikawal setakat ini.

Komuniti kecil berhampira­n Markleevil­le sempadan Nevada, telah dipindahka­n.

Saintis menjelaska­n perubahan iklim telah mendorong kemarau yang mewujudkan keadaan ideal untuk penyebaran kebakaran hutan.

Pusat Bomba Antaraagen­si Nasional kini menjangkak­an “keadaan amat panas, kering dan tidak stabil di seluruh kawasan Barat Laut Pasifik, Utara Rockies dan Plains, sehingga utara Minnesota.”

Mereka menambah bahawa sekitar 20,000 ahli bomba kini bergelut untuk memadam api yang sedang memusnahka­n kawasan Barat, dengan lebih 2.5 juta ekar telah tebakar tahun ini.

Manakala pihak bomba di Kanada terus berusaha memadam berpuluh-puluh kebakaran, termasuk sekitar 20 kebakaran baharu di daerah British Columbia dan sekitar 15 kebakaran baharu di barat laut Ontario.

Pihak berkuasa daerah tersebut menyatakan seorang ahli bomba telah meninggal dunia di hospital ekoran “kecemasan perubatan”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia