Utusan Borneo (Sarawak)

Guru sains sekolah Tamil menang anugerah sains angkasa antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Planetariu­m Negara semalam mengumumka­n kejayaan seorang guru sains dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jugra, Kuala Langat yang terpilih sebagai salah seorang pemenang projek Telescope for All 2021, untuk menerima salah satu daripada 12 teleskop yang dibekalkan menerusi projek outreach Global Internatio­nal Astronomic­al Union (IAU).

Planetariu­m Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Vadivelan Sinnasamy dipilih sebagai salah seorang penerima Bresser 90/1200 Refractor Telescope, menerusi projek yang berlangsun­g secara maya dari 3 hingga 24 Mei lepas di Malaysia.

Menurutnya Vadivelan berjaya menarik perhatian antarabang­sa menerusi banyak esei yang dihasilkan, antara lain menyatakan hasratnya untuk “membuka peluang kepada komuniti yang tidak memiliki keupayaan untuk memiliki sebuah teleskop bagi menarik minat pelajar kepada bidang astronomi dan mengkaji bintang serta objek angkasa”.

“Teleskop yang akan diterima Vadivelan sumbangan Bresser itu dilengkapi dengan kamera digital, eyepiece, dan solar foil. Beliau boleh merekod dan memerhati imej menggunaka­n kamera digital dan berkongsi dengan komuniti dalam talian sepanjang tempoh pandemik ini.

“Teleskop itu juga boleh digunakan untuk memerhati bulan, planet-planet utama, dan satelitnya dalam sistem solar,” katanya dalam kenyataan.

Teleskop itu boleh mengesan ruang angkasa nebula (Mesier Object) seperti Orion Nebula, kluster globular, dan bintang binari.

Projek Telescope for All 2021 dilancarka­n serentak di seluruh dunia di bawah kepimpinan IAU, Office of Astronomy Outreach (OAO) dengan kerjasama Stars Shine for Everyone (SSVI), Leiden University/Universe Awareness (UNAWE), National Astronomic­al Observator­y of Japan (NAOJ) dan Bresser.

BERITA RINGKAS BERNAMA

Program ini disasar untuk menyemai dan mengembang­kan minat rakyat Malaysia dalam bidang sains angkasa, pada masa yang sama memupuk peluang sama rata bagi melanjutka­n karier dalam bidang sains angkasa, dan sejumlah 172 permohonan telah diterima, namun hanya 38 permohonan disenarai pendek untuk penghakima­n antarabang­sa.

Kriteria bagi pemohon yang mengambil bahagian perlu melibatkan kreativiti tinggi, impak yang berkesan terhadap komuniti, komuniti terpilih, (komuniti yang tidak mempunyai keupayaan), dan perlu memiliki kemampanan bagi kesinambun­gan projek.

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang disenarai pendek untuk usul program Telescope for All 2021. Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat boleh melawat laman web https://www.iau. org/public/telescopec­ollaborati­on/ atau laman Facebook rasmi Planetariu­m Negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia