Utusan Borneo (Sarawak)

SMK St Augustine Betong terpilih projek CSR JKR

-

BETONG: Pemilihan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine Betong sebagai pelaksana Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Jabatan Kerja Raya(JKR) dan Quality Concrete Constructi­on Engineerin­g-Asas Ulung JV Sdn Bhd (QCCE AU JV Sdn Bhd) bertepatan dan amat membantu dalam menyediaka­n kemudahan asas yang diperlukan pihak sekolah.

Timbalan Pengarah (Pengurusan Aset dan Kejurutera­an Sivil) JKR Negeri Sarawak Ir Richard Tajan berkata, pihaknya menjangkak­an keperluan untuk mengadakan CSR sebanyak empat kali setahun bagi melihat kepentinga­n masyarakat dalam usaha menyediaka­n nilai tambah kepada pihak yang memerlukan untuk dibantu.

“QCCE AU JV Sdn Bhd merupakan syarikat yang telah dilantik kerajaan Sarawak di bawah JKR Sarawak untuk menyelengg­ara jalan raya dan merupakan pihak yang bertanggun­gjawab mengendali­kan kerja-kerja baik pulih jalan raya di kawasan Sri Aman dan Betong maka itu bagi menilai keperluan CSR kita telah merangka pendekatan dengan selang selikan peluang yang ada dengan memilih apa jenis keperluan dan kepada pihak mana yang bersesuaia­n.

“Pada tahun lepas kita telah menyalurka­n CSR ke Sri Aman dan untuk tahun ini kita telah membawa ke Betong di mana SMK St Augustine Betong bernasib baik dengan pelaksanaa­n naik taraf taraf jalan tapak pembuangan sampah dan pembinaan saliran di sekeliling padang sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di sekolah berkenaan kelmarin.

Tambahnya, pihaknya juga telah menyediaka­n saluran untuk mengenal pasti masalah jalan raya bagi memudahkan orang ramai membuat laporan dan mengadu masalah berkaitan jalan raya.

“Kita menyediaka­n satu medium di laman sosial Facebook untuk orang ramai membuat aduan mengenai masalah jalan raya yang kita namakan QCCE AU JV Sdn Bhd.

“Kita minta sesiapa saja boleh membuat laporan mengenai kerosakan jalan, papan tanda atau apa sahaja yang berkaitan dengan menyertaka­n gambar dan lokasi bagi kita mendapat maklumat tepat untuk keselesaan pengguna jalan raya.

“Gunakanlah saluran yang betul untuk menyebar laporan yang tepat,” katanya.

“Kita juga akan memastikan semua aduan akan diselesaik­an jika betul masalah yang dilaporkan merujuk kepada kawasan di bawah bidang kuasa pihak JKR.

“Walau bagaimanap­un pemasalaha­n yang bukan di pertanggun­gjawabkan kepada pihak kami contohnya bidang kuasa Majlis Daerah, kita tidak akan mengambil maklum kerana itu di bawah kendalian mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Richard turut memberitah­u akan berusaha memasang ‘Tiger Eyes’ di sepanjang jalan raya bagi keselamata­n pengguna yang memandu pada waktu malam kerana ketiadaan lampu jalan dan dalam keadaan gelap.

“Berikutan kesukaran pengguna jalan raya untuk memandu pada waktu malam gelap dan situasi berbahaya kita akan berusaha untuk memasang ‘tiger eyes’ untuk keselamata­n semua,” ujarnya.

Turut hadir Pengetua SMK St Augustine Ujai Sambau, Jurutera JKR Bahagian Betong Chiresly Francis Kureng, Pengarah Projek QCCE AU JV Sdn Bhd Ir Peter Ha dan YDP PIBG SMK St Augustine Kaunselor Horace Entoi.

 ?? ?? RASMI: Richard mengendali­kan jentera sebagai simbolik naik taraf jalan ke tapak pembuangan sampah di sekolah terbabit.
RASMI: Richard mengendali­kan jentera sebagai simbolik naik taraf jalan ke tapak pembuangan sampah di sekolah terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia