Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pemenang utama peraduan Unaco terima hadiah

-

KUCHING: Tiga pelanggan bertuah Unaco Group of Companies menerima baucar tunai bernilai RM18,000 setelah berjaya menjadi pemenang hadiah utama peraduan ‘Join and Win Lucky Draw Contest 2021.’

Ho Ai Choo, Heng Guan Kong, dan Leazuardi Firdaus Adeni menerima hadiah masing-masing pada majlis penyampaia­n yang diadakan di Pasar Raya Unaco Cawangan Stutong di sini, semalam.

“Mereka semuanya bersemanga­t untuk memenangi peraduan kerana ini adalah kali pertama bagi mereka masing-masing memenangi hadiah utama,” kata jurucakap Unaco menerusi kenyataan semalam.

Menurutnya, rata-rata pelanggan Unaco gemar membeli-belah di pasar raya berkenaan kerana produknya berkualiti dengan harga berpatutan dan berdekatan dengan kawasan penempatan penduduk.

Selain itu, pemenang hadiah pertama hingga ketujuh juga menerima hadiah baucar tunai mereka pada majlis yang sama.

Hadiah pertama adalah baucar tunai bernilai RM12,000 yang dimenangi Wong Kee Hong, Saniah Spawi dan William Atan Chia, manakala hadiah kedua bernilai RM8,000 dimenangi Muhammad Hakim Samson Kirat, Liew Siew Soh dan Siti Nur Ayanmaizur­a Jem.

Pemenang hadiah ketiga iaitu Liong Ee Ee, Yap Su Moi dan Abd Hamid Mantahir pula masing-masing pulang dengan baucar tunai bernilai RM6,000.

Manakalame­mbawapulan­g hadiah keempat iaitu baucar tunai bernilai RM4,000 ialah Bong Nyuk Ngo, Shirley Udin Lenchau dan Anna Chang Muh Shuan.

Hadiah kelima iaitu baucar tunai RM3,000 pula menjadi milik Foo Boon Yuan, Wan Siti Zharah Wan Enjah dan Rahimah Abu Bakar.

Manakala, Asmah Amin, Slawati Ismail dan Intan Terpileh Amat diumumkan sebagai pemenang hadiah keenam dan pulang dengan baucar tunai bernilai RM2,000.

Hadiah ketujuh iaitu baucar bernilai RM1,000 dimenangi Priscilla Emily Millin, Pauline Bernard Basu dan Lee Cheat Ni.

Di samping itu, terdapat 80 pemenang hadiah sagu hati yang masing-masing memenangi baucar tunai bernilai RM500. Pemenang tersebut telah menerima hadiah mereka pada majlis penyampaia­n hadiah semalam.

Cabutan undi untuk menentukan pemenang dilakukan oleh para pembekal Unaco di Cawangan Stutong seminggu lalu.

Tiga pemenang hadiah utama dipilih oleh Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Supreme Consolidat­ed Resources Sdn Bhd, Justin Ho, Pengarah Makanan dan Minuman Harrisons Sarawak Sdn Bhd merangkap Pengurus Perniagaan Kawasan, Lo Chow Nyian, dan Penyelia Pembanguna­n Pasaran Kim Teck Cheong (Sarawak) Sdn Bhd Andrew Teo.

Sebanyak 104 pemenang dipilih untuk cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai keseluruha­n RM202,000.

Pertanding­an cabutan bertuah itu telah berlangsun­g dari 15 Julai hingga 15 September tahun ini, sempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 Unaco Group of Companies.

Untuk memenuhi syarat undian, pelanggan harus berbelanja minimum RM80 dalam satu resit di manamana premis Unaco untuk mendapatka­n borang penyertaan pada hari yang sama pembelian dibuat.

 ?? ?? TAHNIAH: Tiga pemenang hadiah utama (dari tiga kiri) Heng, Leazuardi dan Ho bergambar bersama kakitangan dan pembekal Unaco.
TAHNIAH: Tiga pemenang hadiah utama (dari tiga kiri) Heng, Leazuardi dan Ho bergambar bersama kakitangan dan pembekal Unaco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia