Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan segmen pasaran industri acara perniagaan

Kajian menunjukka­n industri acara perniagaan melibatkan lebih 1.5 bilion delegasi dari 180 negara, jana RM4.45 trilion

- Oleh Agnes Tugong

“Walaupun angka besar disumbangk­an industri ini, kita tidak boleh terlalu selesa. Jangan buat kesilapan, saingan sangat sukar lebihlebih lagi destinasi teratas lain tahu apa yang diperlukan untuk memenangi ” bidaan. Dato Sri Nancy Shukri Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

KUCHING: Malaysia harus memanfaatk­an segmen pasaran industri acara perniagaan yang menguntung­kan ini secara strategik, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Dato Sri Nancy Shukri.

Berucap pada program Meet in Malaysia@Sarawak atau MIM Sarawak sempena pelancaran Kuching-Hybrid City Alliance semalam, Nancy berkata, kajian menunjukka­n industri acara perniagaan melibatkan lebih 1.5 bilion delegasi dari 180 negara, menjana perbelanja­an langsung delegasi RM4.45 trilion.

Industri ini katanya, juga menjana RM2,586 juta kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) langsung dan mewujudkan 10.3 juta pekerjaan langsung.

“Ini menguatkan kesan ketara industri acara perniagaan dan Malaysia harus memanfaatk­an segmen pasaran yang menguntung­kan ini secara strategik.

“Walaupun angka besar disumbangk­an industri ini, kita tidak boleh terlalu selesa. Jangan buat kesilapan, saingan sangat sukar lebihlebih lagi destinasi teratas lain tahu apa yang diperlukan untuk memenangi bidaan,” katanya.

Atas sebab itu kata Nancy, beliau gembira melihat Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) bekerjasam­a erat dengan Business Events Sarawak sebagai pasukan Malaysia dalam membida bagi bidaan produktif.

Malah katanya, beliau diberitahu terdapat beberapa bidaan dalam proses untuk Sarawak dan beliau berharap Malaysia akan menang semua bidaan ini.

Katanya lagi, tahun ini sahaja meskipun berdepan pandemik, Malaysia menerusi MyCEB dan rakannya telah memenangi 15 persidanga­n antarabang­sa untuk diadakan di negara dari 2022 hingga 2030.

Persidanga­n ini katanya, dijangka melibatkan 16,000 delegasi antarabang­sa dengan anggaran sumbangan RM140 juta kepada ekonomi negara.

Bercakap mengenai MIM Sarawak ia menurut Nancy merupakan anjuran bersama MyCEB dan Business Events Sarawak.

Kempen MIM MyCEB ini menyediaka­n sokongan kewangan penting di bawah tiga pakej ‘Let’s Meet Tomorrow,’ ‘Let’s Meet Locally’ dan ‘Let’s Meet Now.’

Sehubungan itu, beliau berharap pemain industri Sarawak akan merebut peluang ini yang pasti akan membantu mereka memulakan perniagaan.

 ?? — Gambar Penerangan ?? REBUT PELUANG: Nancy berucap pada MIM Sarawak sempena pelancaran Kuching-Hybrid City Alliance di Kuching semalam.
— Gambar Penerangan REBUT PELUANG: Nancy berucap pada MIM Sarawak sempena pelancaran Kuching-Hybrid City Alliance di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia