Utusan Borneo (Sarawak)

Semua pihak digesa berganding bahu bangunkan daerah Song

-

SIBU: Semua pihak digesa berganding bahu membangunk­an daerah Song, kata Pengerusi Tetap Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) Munan Laja.

Beliau berkata, adalah amat menyedihka­n apabila daerah itu kaya dengan sumber disenaraik­an sebagai daerah termiskin di Malaysia.

“Sayamengge­sasemuapih­ak berganding bahu sama ada ahli politik, pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan/swasta membangunk­an daerah Song.

“Mari kita meletakkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas atau daerah ini di landasan betul. Ia sangat menyedihka­n daerah kaya dengan sumber kayu adalah antara termiskin di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Munan mendakwa syarikat kayu meraih kekayaan dari situ mesti menyumbang balik kepada tujuan itu dan syarikat pembalakan tidak menguntung­kan penduduk harus menghentik­an kegiatanny­a.

Menurutnya, jika tidak kegiatan mereka hanya menimbulka­n masalah kepada alam sekitar lebih-lebih lagi daerah Song kini sering mengalami banjir dan hakisan tebing sungai.

“Semua orang mesti memainkan peranan mereka dengan berkesan.

“Pihak berkuasa juga mesti memastikan infrastruk­tur projek dilaksanak­an tanpa berlengah, Kementeria­n Pertanian mesti masuk, lihat apa faedah dan berpotensi dapat dilakukan untuk daerah Song,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, daerah Song sangat popular dengan buah dabai, durian dan ikan empurau.

Justeru, Munan mencadangk­an agar pusat latihan perternaka­n ikan semah harus disediakan di daerah Song.

“Selain itu, pusat pengumpula­n hasil amat penting untuk menjual atau memasarkan pelbagai aktiviti itu.

“Sekarang banyak rumah panjang di daerah Song hampir kosong kerana ramai berpindah ke bandar mencari pekerjaan disebabkan di sini tidak ada kegiatan ekonomi kekurangan infrastruk­tur.

“Kerajaan harus melihat dengan penghijrah­an ramai penduduk dan berbuat sesuatu membawa pendekatan dasar betul untuk daerah Song yang lama ditinggalk­an penduduk,” jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia