Utusan Borneo (Sarawak)

RRSS berjaya tingkatkan penguasaan BM pelajar

Ia dibuktikan daripada peningkata­n prestasi dalam pertanding­an Forum Pelajar disertai setiap tahun

- Oleh Steve Annuar

MIRI: SM Jalan Riam Miri (RRSS) berjaya meningkatk­an penguasaan bahasa Melayu (BM) dalam kalangan pelajarnya.

Ia dibuktikan daripada peningkata­n prestasi sekolah dalam pertanding­an Forum Pelajar peringkat kebangsaan yang disertai setiap tahun.

Pengarah Jabatan Pengembang­an Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia Dr Abang Patdeli Abang Muhi berkata, pencapaian cemerlang sekolah itu pada pertanding­an tahun ini sememangny­a bukan mudah.

“Pertanding­an ini merupakan satu langkah dan pendekatan untuk menggalakk­an pelaksanaa­n bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Sekolah Menengah Persendiri­an Cina (SMPC) di Malaysia,” jelas

“Pertanding­an ini merupakan satu langkah dan pendekatan untuk menggalakk­an pelaksanaa­n bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Sekolah Menengah ” Persendiri­an Cina (SMPC) di Malaysia.

Dr Abang Patdeli Abang Muhi Pengarah Jabatan Pengembang­an Bahasa dan Sastera DBP Malaysia

beliau juga merupakan bekas ketua hakim.

Tambah beliau, daya usaha dan pengorbana­n masa guruguru pembimbing serta komitmen yang tinggi daripada para pelajar amat penting dalam mencapai kejayaan yang tidak ternilai ini.

Menurutnya, pertanding­an koakademik ini juga dilihat mampu meningkatk­an keyakinan pelajar untuk berkomunik­asi dengan mantap dalam bahasa kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penyerahan piala pusingan Forum Pelajar Peringkat Negeri Sarawak dan Kebangsaaa­n di dewan sekolah terbabit pada petang Rabu lalu.

Pada 28 September, sekolah itu menjuarai pertanding­an forum yang disiarkan secara langsung melalui media sosial Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia.

Terdahulu, Ketua Pegawai

Eksekutif RRSS Dr Pauline Ho berbangga dengan kehadiran pihak DBP menghantar sendiri piala tersebut kepada sekolah.

Menurutnya, pelajar bukan sahaja dapat menguasai bahasa Cina dan bahasa Inggeris, malah mereka juga memiliki kemampuan bertutur dengan baik dan fasih dalam bahasa Melayu serta berupaya untuk menulis dalam bahasa Melayu.

Beliau turut berbangga dengan kesungguha­n guru dalam menunaikan tanggungja­wab mereka dan cabaran bertugas ketika pandemik.

Festival Bahasa dan Saskira-kira tera merupakan peluang kepada pelajar dari SMPC bersaing secara sihat dalam pertanding­an koakademik yang melibatkan bahasa dan sastera pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Program hari itu diisi dengan deklamasi puisi oleh Jane John Dines dengan puisi berjudul ‘Di Sini Di Tanah Ini,’ nukilan Zam Ismail.

Beliau merupakan pelajar pertama yang menjadi johan pertanding­an deklamasi puisi pada festival itu.

Pasukan RRSS dianggotai Jane John Dines selaku pengerusi, Kelly Voon Yu Xuan, John Nicholas Tan Yew Han, Alvin Siaw Ding Yi, Rachel Koh Shiun Qi dan Aaron Ng Kian Kiat serta dua guru iaitu Seriam Umpeng dan Voon Tze Er.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai.

 ?? ?? SYABAS: Abang Patdeli (empat kanan), Pauline (empat kiri), peserta, guru pembimbing dan tetamu bergambar dengan piala pusingan Forum Pelajar.
SYABAS: Abang Patdeli (empat kanan), Pauline (empat kiri), peserta, guru pembimbing dan tetamu bergambar dengan piala pusingan Forum Pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia