Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah tekanan air rendah di Sibu Jaya bakal selesai Disember

-

SIBU: Masalah tekanan air rendah di Sibu Jaya dan kawasan sekitarnya akan diselesaik­an sepenuhnya pada Disember ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Wong Ching Yong penyelesai­an itu disifatkan­nya sebagai ‘hadiah’ Krismas kepada penduduk tersebut.

“Meskipun ia belum diselesaik­an dengan sempurna tetapi sekurang-kurangnya masalah tekanan air rendah yang telah menghantui penduduk Sibu Jaya dan kawasan sekitarnya sejak dua tahun lalu akan dapat diselesaik­an di mana penduduk akan menerima tekanan air yang normal.

“Kita difahamkan serta diberi jaminan oleh pihak Lembaga Air Sibu (LAS) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) bahawa keadaan di Sibu Jaya akan dijangka pulih pada Disember ini,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di sini, kelmarin.

Terdahulu, Wong dan Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai telah menghadiri taklimat berkenaan dengan masalah tekanan air rendah di Sibu Jaya dan kawasan sekitarnya bersama pihak LAS dan JBALB di Pejabat MDLBS, Tingkat 18 di Wisma Sanyan.

Wong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong menjelaska­n penduduk Sibu Jaya dan kawasan sekitarnya boleh menarik nafas lega setelah Projek Bekalan Air Kanowit Fasa II siap yang turut memberi impak kepada mereka.

“Menurut taklimat daripada pihak LAS dan JBALB kepada kami hari ini, difahamkan projek ini adalah terutamany­a untuk membekalka­n air ke kawasan Kanowit, Machan, Durin dan sebahagian­nya menampung ke kawasan Jalan KJD dan Sibu Jaya.

“Skop kerja untuk projek ini adalah dianggarka­n

53 Kilometer melibatkan pelbagai saiz saluran paip dari Loji Rawatan Air (WTP) Salim ke Kanowit termasuk pembinaan stesen loji penggalak di Durin dan tangki besar di Bukong Jagoi dan kerja-kerja lain yang berkaitan.

“Oleh disebabkan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini, projek ini disasarkan siap pada bulan Jun 2022,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai penyelesai­an tekanan air rendah di Sibu Jaya dan kawasan sekitarnya, Wong berkata, jarak sepanjang 1.87 Kilometer dari paip jenis MSCL 1000mm ini akan dipasang dari WTP Salim ke kawasan Farley yang berada di bawah bidang kuasa LAS.

Ujarnya, pada masa ini lebih kurang 0.37 kilometer daripada 1.87 kilometer sudah dilaksanak­an dan dijangka siap menjelang Disember ini.

“Setelah selesai, tekanan air Sibu Jaya dan kawasan sekitarnya akan bertambah baik.

“Walau bagaimanap­un, usaha ini juga merangkumi kerja-kerja penyambung­an paip 600mm yang akan disambungk­an ke saluran paip 600mm yang ada dan dijangka siap pada Februari 2022.

“Kelewatan ini kerana peralatan/bahan paip yang diperlukan adalah dipesan dari Semenanjun­g Malaysia,” katanya lagi.

Sementara itu, Sempurai turut menggesa penduduk di Sibu Jaya dan kawasan sekitarnya agar bersabar dengan situasi ini.

Walaupun masalah tekanan air rendah ini bukan bidang kuasa MDLBS, katanya, tetapi MDLBS akan berusaha membawa masalah tersebut kepada pihak berkenaan untuk diselesaik­an.

“Sebagai pentadbir kawasan Sibu Jaya dan luar bandar, kami akan membantu rakyat mendapatka­n perjelasan mengenai masalah ini dengan membawa pihak berkenaan berunding dan mengambil tindakan lanjut bagi menyelesai­kan masalah ini.

“Diharap penduduk Sibu Jayaakante­rusbersaba­rsementara menunggu LAS menyiapkan­kerja-kerjapenya­mbungan paip dari WTP Salim ke kawasan anda,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, masalah tekanan air rendah ini sudah lama membelengg­u penduduk Sibu Jaya dan kawasan sekitarnya serta banyak aduan sudah dibuat.

Menurutnya, salah satu sebab hal ini berlaku adalah disebabkan LAS mempunyai 6,000 pemilik akaun di sana.

“Paling teruk terjejas adalah kawasan Flat Sibu Jaya kerana tekanan air rendah ia tidak sampai kepada penduduk yang tinggal di bahagian atas.

“Bagaimanap­un, melalui ahli MDLBS Zon Sibu Jaya kita akan mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah ini dulu sementara menungguny­a kembali normal pada Disember ini,” tambahnya lagi.

Hadir sama ialah tiga Ahli MDLBS Zon Sibu Jaya iaitu Kaunselor Kong Yie Tee, Kaunselor Halimah Japar, Kaunselor Collin Tinting dan Pengerusi Unit Bumiputera SUPP Cawangan Dudong Paing Tawi.

 ?? ?? BAKAL SELESAI: Wong (duduk, dua kiri), Sempurai (duduk, dua kanan), Halimah (duduk, kiri), Kong (berdiri, dua kiri), Collin (berdiri, kiri), Paing (berdiri, tiga kiri) serta yang lain ketika sesi taklimat dengan LAS dan JBALB berkenaan dengan masalah tekanan air rendah di Sibu Jaya, kelmarin.
BAKAL SELESAI: Wong (duduk, dua kiri), Sempurai (duduk, dua kanan), Halimah (duduk, kiri), Kong (berdiri, dua kiri), Collin (berdiri, kiri), Paing (berdiri, tiga kiri) serta yang lain ketika sesi taklimat dengan LAS dan JBALB berkenaan dengan masalah tekanan air rendah di Sibu Jaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia