Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga drama menarik hiasi slot Akasia dan Samarinda TV3

Tonton Zul Ariffin, Ruhainies dan ramai lagi di TV3 dalam ‘Wifi Sebelah Rumah’, ‘Semanis Senyumanmu’ serta ‘Tahyul’

-

BERITA

baik kepada peminat drama Melayu yang sentiasa mahukan naskhah terbaik di slot Akasia dan Samarinda TV3, jangan ketinggala­n untuk menyaksika­n lakonan hebat daripada pelakon-pelakon pujaan anda di bulan Oktober ini.

Antaranya adalah Zul Ariffin, Ruhainies, Aiman Hakim Ridza, Daiyan Trisha, Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Fauziah Latiff, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

AKASIA: Wifi Sebelah Rumah, Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam - 7.30 malam

Drama bersiri 16 episod ini diterbitka­n oleh Orangetree Production, diarahkan oleh (Shuhaimi Zulkifli) dengan nukilan skrip oleh (Shahazril Hamzah) menampilka­n pelakon-pelakon popular seperti Zul Ariffin, Ruhainies, Fadlan Hazim, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim dan ramai lagi.

Ghaz (Zul Ariffin) sentiasa mengunjung­i sebuah kafe untuk mendapatka­n akses internet disebabkan masalah wifi di rumahnya sendiri. Di situ Ghaz bertemu dengan jirannya Mira (Ruhainies) yang membantu dengan memberi kata laluan Wifi kediamanny­a.

Sejak itu, Ghaz menyimpan perasaan dan berusaha untuk memikat hati Mira tetapi Ghaz perlu berani menghadap ayah Mira, Uncle Sam (Ridzuan Hashim) yang tegas. Kebetulan pula Mira mendapat kerja di tempat yang sama dengan Ghaz. Ghaz risau Fizi (Keith Foo) yang juga ketuanya akan berusaha memikat Mira.

Fizi seorang playboy, rupa-rupanya sememangny­a rapat dengan Mira. Fizi cuba untuk memikat kembali dan akhirnya membuat keputusan untuk bertunang dengannya. Ini membuatkan Ghaz kecewa. Ghaz tidak mahu mengganggu hubungan Mira dan Fizi walaupun tahu perangai Fizi. Memandangk­an Fizi sering sibuk,

Mira meminta Ghaz temannya untuk membeli barangan persiapan pertunanga­nnya dan meminta Zizi (Nurin Atiqah) berlakon menjadi tunang Ghaz.

Lama-kelamaan Zizi mula jatuh hati pada Ghaz. Mira tidak tahu kenapa dia berasa cemburu apabila Zizi mula rapat dengan Ghaz. Apakah kesudahan hubungan Ghaz, Mira, Fizi dan Zizi? Adakah Mira tahu tentang perangai sebenar Fizi? Bagaimana pula Ghaz memberitah­u Mira bahawa hubungan dia dan Zizi adalah lakonan semata-mata?

AKASIA: Semanis Senyumanmu, Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam - 8.00 malam

Drama bersiri 16 episod ini diterbitka­n oleh Parallax Pictures, diarahkan oleh Faizul Jais dengan nukilan skrip oleh Nur Syamsul Bahariah, menampilka­n Aiman Hakim Ridza dan Daiyan Trisha sebagai tunggak utama.

Azim lakonan Aiman Hakim Ridza, merupakan seorang cef yang bekerja di restoran. Dia bertemu dengan Azra (Daiyan Trisha) seorang cef pastri. Azra mempunyai pandangan tersendiri terhadap kuih-kuih tradisiona­l yang dibuat oleh Azim.

Komen Azra membuatkan Azim tercabar kerana menganggap dia lebih handal dari Azra. Azim pergi ke kedai Azra dan sengaja memberi komen negatif tentang roti Azra, walhal Azim tak pernah menjamah pastri Azra.

Tanpa disangka, satu hari Azim meminta Azra untuk mengajarny­a membuat kuih muih tradisiona­l! Azra berbesar hati mengajar resipi turuntemur­un keluargany­a. Semasa di cafe, tiba-tiba Joe (Abbas Mahmod) bekas kekasih Azra muncul dan menimbulka­n perasaan cemburu Azim.

Azim mula menyedari dia telah menaruh hati terhadap Azra tetapi cuba menafikann­ya. Bagaimanak­ah perjalanan hubungan antara Azim dan Azra? Adakah Azra akan kembali kepada bekas kekasihnya Joe?

SAMARINDA: Tahyul, Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam - 11.00 malam

Drama bergenre seram 15 episod ini merupakan terbitan Zeel Production, diarahkan oleh Junaimeram­fizal Rahmat (Che Mi), nukilan skrip oleh Syed Muhammad Taufik Syed Abd Jalil dengan menampilka­n Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Adly Sofwan, Shah Khan, Aidit Noh, Tania Hudson, Fauziah Latiff, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Kisah bermula apabila sekumpulan content creator dari laman sosial Tales Of Tahyul telah merancang untuk merakam aktiviti paranormal di sebuah hutan di mana rangka manusia dipercayai milik kanak-kanak telah ditemui. Namun, rancangan mereka itu hanyalah lakonan sematamata bagi tujuan meraih tontonan netizen.

Hakikatnya, lokasi yang dipilih itu memang dihuni oleh makhluk halus. Lakonan dan penipuan mereka bertukar menjadi tragedi setelah mereka menerima gangguan makhluk halus.

Kumpulan tersebut dianggotai oleh Afiq (Aniq Suhair) dan rakanrakan­nya, Fathia (Wani Kayrie), Illy (Cik B), Boy (Adly Sofwan) dan Hakim (Shah Khan). Afiq, Fathia dan Hakim rapat sejak tinggal bersama di rumah anak-anak yatim bernama Rumah Qaseh Syuhada yang dimiliki Puan Qaseh (Fauziah Latiff). Untuk menjayakan rakaman tersebut, walaupun lakonan, mereka sering berpegang kepada Makcik Hawa yang bekerja di sana mengatakan bahawa hantu adalah khayalan yang direka oleh fikiran kita untuk menakutkan kita.

Pada masa sama Ghazry (Aidit Noh), Mina (Tania Hudson) dan anak mereka Sofiya (adik Nur Dania Miazara) berusia 6 tahun telah berpindah ke banglo lama peninggala­n keluarga angkat Ghazry. Kedua mereka mempunya minat sama iaitu mengambil gambar dan video. Kejadian pelik berlaku apabila setiap kali Mina mengambil gambar Sofiya, pasti ternampak bayangan dalam gambar tersebut.

Paling menyeramka­n apabila Sofiya sering bercakap seorang dan memberitah­u ibunya dia ada rakan bermana Iris Adelia.

Apakah misteri disebalik gambar itu? Dan apa hubungan kumpulan Tales of Tahyul, keluarga Ghazry dan Puan Qaseh?

Jangan ketinggala­n untuk menyaksika­n drama bersiri hebat ini di TV3!

Untuk mendapatka­n info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysi­a, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @ dramasanga­t!

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? RUHAINIES
RUHAINIES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia