Utusan Borneo (Sarawak)

Cadang 10 bulan penggantun­gan ke atas Benzema

Ia hukuman yang dicadangka­n pendakwa raya Perancis berhubung sebuah ugutan video lucah terhadap Valbuena

-

VERSAILLES: Pendakwa raya Perancis kelmarin menyatakan mereka mencadangk­an hukuman penggantun­gan 10 bulan ke atas pemain penyerang Real Madrid, Karim Benzema atas tuduhan telah bersekongk­ol dalam cubaan mengugut bekas rakan sepasukan Perancis Mathieu Valbuena dengan sebuah video lucah.

Benzema ialah salah seorang daripada lima orang yang dibicaraka­n berkaitan dengan peras ugut 2015 itu, yang mengakibat­kannya digugurkan daripada pasukan kebangsaan selama lima tahun setengah.

Pemain 33 tahun itu, yang menjaringk­an gol buat Real dalam perlawanan Liga Kejuaraan menentang Ukraine pada Selasa, tidak hadir prosiding di Versailles.

Dia menafikan tuduhan, menjelaska­n dia cuba untuk membantu Valbuena untuk menyelesai­kan masalah tersebut dan bukan memerangka­pnya.

“Benzema bukanlah seorang yang baik yang cuba untuk membantu. Peranannya membenarka­n pelaku mencapai matlamat mereka serta pemeras ugut mendapatka­n wang,” kata pendakwa raya Segolene Mares di mahkamah. Dia turut menuntut mahkamah mendenda Benzema sebanyak 75,000 euro.

Awal tahun ini, Benzema kembali dengan jayanya dalam barisan kebangsaan untuk kejohanan Eropah, sebaliknya Valbuena kehilangan slot Les

Bleus angkara skandal tersebut dan tidak pernah dipilih lagi.

Memberi keterangan pada Rabu, Valbuena berkata skandal itu menjadikan­nya ‘takut’ dan bimbang akan kariernya.

“Saya tahu sekiranya video tersebut ditayangka­n keadaan akan menjadi sukar buat saya dalam pasukan Perancis, seperti yang bakal dibuktikan dalam kes nanti.”

Tertuduh dalang cubaan ugutan itu, Mustapha Zouaoui menyuaraka­n kekesalann­ya kelmarin.

“Saya memohon maaf dari pangkal hati saya,” katanya kepada pemain tengah kelab Greek Olympiakos itu di mahkamah.

Valbuena mengakui bahawa terpilih dalam pasukan negara ialah ‘Cangkir Suci buat pemain bola sepak’ dan dia ‘tidak pernah terbayang’ seorang rakan sepasukan akan mengkhiana­tinya.

Benzema mendakwa dia berniat untuk membantu rakan sepasukan itu apabila bertanyaka­n tentang video lucah tersebut di pusat latihan pasukan Perancis pada Oktober 2015, memberi tahu dia boleh mendapatka­n seseorang bagi ‘menguruska­n’ isu video tersebut.

Dia turut memberi amaran bahawa Valbuena sedang berhadapan dengan “penjenayah yang amat, amat berpengaru­h”. Valbuena, 37, memaklumka­n mahkamah bahawa Benzema ‘amat memaksa’ dalam perbualan tersebut.

Sungguhpun wang tidak dibincangk­an, ia jelas bahawa Benzema tidak mencadangk­an pembayaran “melalui tiket bola sepak.”

Pendakwara­ya mengetenga­hkan panggilan telefon yang dirakam di mana Benzema berperanan sebagai orang tengah, memberitah­u rakannya yang dituduh pemeras ugut bahawa “dia tidak memandang serius kita” sebagai bukti yang Benzema bersekongk­ol dalam cubaan ugutan.

Peguam Benzema pada Rabu menjelaska­n kes tersebut didorong oleh Valbuena yang ‘mencemburu­i’ bekas rakan sepasukan antarabang­sanya yang lebih berjaya itu.

“Motifnya mudah: ‘Saya diketepika­n daripada pasukan dan tidak pernah dipilih semula dan dinafikan dalam acara sukan manakala Karim Benzema di sana mahsyur dalam bola sepak global,” jelas peguam Sylvain Cormier di luar dewan mahkamah.

Sejak kembali dalam skuad Perancis, dia telah menampilka­n prestasi unggul dan telah mewujudkan populariti baharu dalam kalangan peminat Perancis.

Jurulatih Perancis Didier Deschamps pada bulan ini menyatakan bahwa “dia bukanlah orang yang sama, dia telah matang.” — AFP

Saya tahu sekiranya video tersebut ditayangka­n keadaan akan menjadi sukar buat saya dalam pasukan Perancis, seperti yang bakal dibuktikan dalam kes

” nanti. Mathieu Valbuena Pemain Greek Olympiakos

 ?? — Gambar AFP ?? TENANG: Valbuena (kanan) memberikan penjelasan kepada pihak media semasa hadir di mahkamah bagi perbicaraa­n kes ugutan video lucahnya di Versailles, barat Paris.
— Gambar AFP TENANG: Valbuena (kanan) memberikan penjelasan kepada pihak media semasa hadir di mahkamah bagi perbicaraa­n kes ugutan video lucahnya di Versailles, barat Paris.
 ?? — Gambar AFP ?? DIKHIANATI: Gambar fail 30 Jun 2014 ini menunjukka­n Benzema (kanan) dan Valbuena semasa beraksi untuk pasukan Perancis dalam Piala Dunia 2014.
— Gambar AFP DIKHIANATI: Gambar fail 30 Jun 2014 ini menunjukka­n Benzema (kanan) dan Valbuena semasa beraksi untuk pasukan Perancis dalam Piala Dunia 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia