Utusan Borneo (Sarawak)

MotoGP: Rossi sedia ucapkan selamat tinggal kepada penyokongn­ya di Itali

-

MISANO ADRIATICO: Valentino Rossi pada Khamis menyatakan dia bersedia untuk mengucapka­n selamat tinggal kepada penyokong Italinya di MotoGP EmiliaRoma­gna, di mana ia akan menjadi Grand Prix terakhir legenda penunggang motosikal itu.

Tujuh kali juara MotoGP Rossi akan bersara menjelang penghujung musim ini, menutup tirai karier yang menjadikan­nya ikon sukan tersebut dan hero kepada berjuta-juta warga Itali.

Pelumba berusia 42 tahun itu bakal menunggang di litar Misano buat kali terakhir di hadapan sekitar 35,000 hadirin dan dia menegaskan kini tiba masanya untuk mengundur diri.

“Ini ialah peluang keemasan untuk mengucapka­n ‘ciao’ kepada penyokong Itali, ia seringkali hebat untuk berlumba di sini di Misano di litar rumah saya,” kata Rossi.

“Ia kisah yang panjang, lebih daripada 400 perlawanan dan karier yang panjang. Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua orang kerana saya telah menikmati sokongan yang hebat dari seluruh dunia.

“Ia sedih tatkala kamu tiba di penghujung perjalanan namun ia hebat, kami menikmatin­ya.”

Ditanya bagaimana dia ingin diperingat­i, Rossi, salah seorang yang paling ramah dalam sukan itu, terkedu.

Dia kemudian menjawab dia berharap “orang ramai menikmatin­ya bersama saya untuk mengikuti perlumbaan selama ini.”

Kebelakang­an ini, Rossi tidak berprestas­i terunggul menjelang persaraann­ya dan berada pada ranking ke-21 dalam kedudukan keseluruha­n selepas hanya dua kali menamatkan perlumbaan dalam sepuluh teratas sepanjang musim ini.

Dia mengintai keputusan yang lebih baik pada Ahad, berbanding pencapaian­nya di San Marino MotoGP Misano pada September di mana dia menamatkan perlumbaan pada tempat ke-17 juga disaksikan oleh penonton tuan rumah.

“Cuba untuk fokus, dan cuba untuk tidak memikirkan ia ialah perlumbaan yang terakhir di Misano, tetapi perlumbaan yang sebenar. Saya rasa cara yang terbaik untuk bersaing adalah untuk cuba berada pada tahap maksima. Keputusan yang baik mampu mengekalka­n saya pada sepuluh teratas, jelas sekali ia tidak mudah,” kata Rossi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GP YANG TERAKHIR: Gambar fail menunjukka­n Rossi semasa menyertai sesi latihan bebas menjelang MotoGP San Marino di Litar Misano, Itali.
— Gambar AFP GP YANG TERAKHIR: Gambar fail menunjukka­n Rossi semasa menyertai sesi latihan bebas menjelang MotoGP San Marino di Litar Misano, Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia