Utusan Borneo (Sarawak)

BUKAN RETORIK, SLOGAN

Idea Keluarga Malaysia merupakan semangat diterap dalam pentadbira­n dengan kepentinga­n, kesejahter­aan rakyat dipelihara seperti menjaga keluarga.

- Oleh Marlinda Mardzuki

Idea Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh kerajaan hari ini bukan retorik atau slogan sematamata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebaliknya ia merupakan semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbira­n negara, yang mana kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga.

“Mengambil contoh sebuah keluarga, andai kata ada di kalangan anak kita yang lemah dari segi pembelajar­an, sudah tentu kita akan memberi lebih tumpuan.

“Apatah lagi jika ada ahli keluarga yang kurang bernasib baik dalam kehidupan, pasti kita akan menghulurk­an pertolonga­n dan tidak membiarkan mereka bersendiri­an.

“Begitu juga dalam pentadbira­n kerajaan pada hari ini. Keluarga Malaysia seperti golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik, akan terus diberi fokus dan keutamaan dalam mendapat manfaat bantuan-bantuan kerajaan,” katanya pada Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, semalam.

Sejajar dengan ini, Ismail Sabri berkata, pembanguna­n sosioekono­mi negara di negeri-negeri yang kurang membangun akan terus diberi keutamaan.

Sarawak katanya, merupakan antara enam negeri selain Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang diberi tumpuan khusus bagi merapatkan jurang pembanguna­n ekonomi antara negeri, wilayah, bandar dan luar bandar agar kemakmuran ekonomi dapat dinikmati secara adil dan saksama.

“Bagi tujuan ini, sekurangku­rangnya 50 peratus daripada keseluruha­n peruntukan pembanguna­n asas persekutua­n dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan diagihkan kepada enam negeri ini.

“Ia melibatkan penyediaan infrastruk­tur asas, pendigital­an, pendidikan, perkhidmat­an penjagaan kesihatan dan pembanguna­n ekonomi.

“Pendekatan yang sama juga akan menjadi inti pati Bajet 2022 yang akan dibentangk­an pada minggu depan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebuah institusi untuk membantu anak-anak Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID19 dalam memperoleh sokongan terutama daripada aspek pendidikan sehingga mencapai usia 18 tahun dinamakan Yayasan Keluarga Malaysia telah dilancarka­n di sini semalam.

Beliau berkata, ia merupakan manifestas­i kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia yang dizahirkan bersama untuk anak-anak yang terkesan akibat pandemik COVID19.

“Kisah 13 anak yang masih kecil usianya daripada dua buah keluarga, hilang tempat bergantung dan berpaut kasih iaitu Nazurah Nabilah Benyajeed berusia 19 tahun yang terpaksa menjaga tujuh adiknya manakala adik Hadrami Hasil menjadi kepala keluarga pada usia 11 tahun menjadi inspirasi penubuhan institusi ini.

“Mereka ini adalah antara 5,173 anak Keluarga Malaysia yang menjadi yatim dan yatim piatu kerana wabak COVID-19.

“Bayangkan, betapa besarnya tanggungja­wab yang digalas mereka, bukan sahaja hilang ibu bapa, bahkan waktu-waktu bahagia, membesar sebagai kanak-kanak biasa,” katanya.

Menurutnya, yayasan tersebut akan melebar sayap perlindung­annya kepada anak-anak Keluarga Malaysia yang lain, yang turut memerlukan sokongan seumpamany­a.

“Dengan adanya Yayasan Keluarga Malaysia, tidak ada lagi anak-anak yang terpaksa melalui penderitaa­n bersendiri­an.

“Justeru, tinggi harapan saya agar seluruh Malaysia kekal bersama-sama dengan mengetepik­an perbezaan dan meraikan kebersamaa­n sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.

“Inilah maksud keterangku­man, kebersamaa­n dan kesyukuran. Maka, dengan rasa rendah diri saya ingin menyeru seluruh rakyat untuk berkongsi kasih sayang dengan anak-anak ini agar dapat menikmati kehidupan seperti rakan- rakan seusia mereka,” ujarnya.

 ?? — Gambar Saibi Gi ?? KEPELBAGAI­AN: Penari Majlis Seni Sarawak Deffyna Jadiel bersama rakan-rakannya yang berpakaian tradisiona­l suku kaum berswafoto di hadapan lambang tanda pagar Keluarga Malaysia pada Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching petang semalam.
— Gambar Saibi Gi KEPELBAGAI­AN: Penari Majlis Seni Sarawak Deffyna Jadiel bersama rakan-rakannya yang berpakaian tradisiona­l suku kaum berswafoto di hadapan lambang tanda pagar Keluarga Malaysia pada Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching petang semalam.
 ?? ?? KUCHING:
KUCHING:
 ?? ?? ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia