Utusan Borneo (Sarawak)

KES COVID-19 BAHARU SARAWAK MENURUN

-

KUCHING: Sarawak terus merekodkan penurunan kes jangkitan COVID-19 baharu, semalam dengan 587 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n jangkitan berkenaan setakat ini 235,802 kes.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi laporan semalam berkata, daripada kes baharu itu 576 adalah kategori satu dan dua.

Manakala kategori tiga, empat dan lima merekodkan hanya 11 kes.

Katanya bagi peratusan daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 166 kes adalah kategori 1 (tiada gejala) sementara 410 adalah kategori dua (gejala ringan) manakala dua kes adalah kategori tiga (jangkitan paruparu), sebanyak lima kes adalah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan empat kes adalah kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

“Manakala bagi pecahan kes, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 156 kes diikuti Miri (120),” katanya.

Manakala daerah lain merekodkan kes harian di bawah 100 kes kecuali tujuh daerah iaitu Lawas, Belaga, Tebedu, Selangau, Daro, Tatau dan Lubok Antu yang tiada merekodkan kes.

Jawatankua­sa memaklumka­n Sarawak merekodkan 15 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dari 15 Oktober hingga 22 Oktober 2021.

Katanya kesemua kes kematian melibatkan mereka berusia antara 37 tahun hingga 95 tahun.

“Kesemua kes kematian mempunyai latar belakang penyakit komorbid,” katanya.

Jawatankua­sa berkata tiada kluster baharu diisytihar­kan semalam manakala dua lagi kluster ditamatkan iaitu Kluster KM20 Jalan Betong, Betong dan Kluster Julin Dabai, Marudi selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas melibatkan kluster ini.

JPBNS turut memaklumka­n tiga lagi lokaliti dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang kesemuanya berkuat kuasa 23 hingga 29 Oktober.

PKPD berkenaan melibatkan Rumah Patrick Mawat, Sungai Kerubong, Selalang di Sarikei, Rumah Jonathan Ujek, Sungai Janting, Bintangor (Meradong) dan Rumah Tadong, Gerugu Sengaih (Julau).

“Empat lagi lokaliti pula ditamatkan PKPD iaitu di Rumah Suting, Punggu Dadak (Sri Aman) dan Rumah Francis, Kaong, Lidong, Skrang Lubok Antu masing-masing pada 22 Oktober 2021.

“Manakala turut ditamatkan PKPD di Sigan, Pelo, Skrang (Lubok Antu) pada 23 Oktober 2021 dan Rumah Jalin, Rantau Kurra, Kuala Medalam (Limbang) pada 24 Oktober 2021,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia