Utusan Borneo (Sarawak)

Fasa kedua PUSPA APM Sarawak dibina awal 2022

Peruntukan sebanyak RM70 juta untuk pelaksanaa­n projek sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12

- Oleh Jeremy Lanson

“Pembinaan Fasa 2 PUSPA nanti akan melengkapk­an lagi frasarana keperluan latihan APM Sarawak yang merangkumi dewan serba guna, asrama, bilik kuliah dan padang kawad.

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

KUCHING: Pembinaan Pusat Pertahanan Awam (PUSPA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak fasa kedua akan bermula awal tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata peruntukan sebanyak RM70 juta untuk pelaksanaa­n projek tersebut sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Menurutnya, pembinaan PUSPA itu nanti diyakini mampu memenuhi keperluan APM Sarawak untuk jangka panjang.

“Pembinaan Fasa 2 PUSPA nanti akan melengkapk­an lagi prasarana keperluan latihan APM Sarawak yang merangkumi dewan serba guna, asrama, bilik kuliah dan padang kawad.

“Selain itu, PUSPA juga akan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mampu menampung sehingga 2,000 mangsa yang terjejas akibat banjir nanti,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan kerja ke PUSPA APM Sarawak di Jalan Bako, di sini semalam.

Selain itu, Abdul Latiff turut mengumumka­n peruntukan kewangan RM380,000 untuk pengoperas­ian APM di lapangan serta sebagai Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana di peringkat negeri dan daerah.

“Peruntukan ini telah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membuat pembelian segera semasa operasi,” katanya.

Difahamkan juga, lawatan tersebut adalah untuk melihat keperluan logistik dan aset serta persedian APM Sarawak bagi menghadapi Monsun Timur Laut pada November depan hingga Mac tahun depan.

“Secara keseluruha­nnya, APM Sarawak telah bersiap sedia dengan keanggotaa­n seramai 1,210 orang, 64 pelbagai jenis bot, 17 lori, 16 kenderaan pacuan empat roda, 13 ambulans dan empat unit dron,” katanya.

Sementara itu, menyentuh dasar Revolusi Digital 4.0 Negara, Abdul Latiff menberitah­u bahawa APM turut mengorak langkah dengan penggunaan sistem pendigital­an TracAPM untuk kerja-kerja pengoperas­ian di lapangan.

“Dengan adanya sistem ini, penugasan pengoperas­ian APM di lapangan semakin menjadi mudah dan laporan boleh dihantar terus tanpa perlu menunggu proses yang lama.

“Pada masa akan datang, sistem ini akan diperluask­an kepada pengurusan bencana iaitu pengurusan PPS, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan agihan bantuan,” katanya.

Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM Abdul Wahab Rahim dan Pengarah APM Sarawak Mohtar Samat.

 ?? ?? DENGAR: Abdul Latiff mendapatka­n penerangan daripada Abdul Wahab mengenai peralatan yang digunakan oleh anggota APM Sarawak.
DENGAR: Abdul Latiff mendapatka­n penerangan daripada Abdul Wahab mengenai peralatan yang digunakan oleh anggota APM Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia