Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM mahu syarikat telekomuni­kasi bersama-sama tingkat rangkaian komunikasi

-

TEBEDU: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mahu syarikat-syarikat telekomuni­kasi bersamasam­a membantu kerajaan dalam usaha meningkatk­an rangkaian komunikasi negara terutama di kawasan luar bandar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata selain memikirkan keuntungan, syarikat telekomuni­kasi juga harus menjadi pembekal perkhidmat­an yang sama rata di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.

“Saya mahu komitmen yang lebih daripada syarikat-syarikat telekomuni­kasi ini kerana saya sering mendengar keluhan rakyat di luar bandar, ertinya masih ada lompong yang perlu diberikan perhatian.” katanya.

Annuar berkata beliau memahami bahawa kebiasaann­ya syarikat telekomuni­kasi tidak begitu berminat melabur di kawasan yang kurang memberikan pulangan seperti kawasan luar bandar yang tidak ramai penduduk tetapi mereka perlu lebih memahami bagi membolehka­n rakyat di luar bandar dan pedalaman mendapat liputan Internet yang lebih berkualiti.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di tapak menara telekomuni­kasi Kampung Mongkos yang terletak kira-kira 110 kilometer dari bandar raya Kuching semalam.

Annuar berkata kementeria­nnya juga akan terus memantau projek-projek pembinaan serta menaik taraf menara telekomuni­kasi di Sarawak di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Satu.

“Saya akan buat spot check (pemeriksaa­n mengejut) dari semasa ke semasa untuk mendapatka­n maklumat secara langsung di mana kawasan yang perkhidmat­annya tidak berapa memuaskan.

Rakyat boleh membuat aduan di portal peta JENDELA di jendela.my untuk memberikan maklum balas mengenai perkhidmat­an di kawasan masing-masing atau memohon perkhidmat­an baharu daripada penyedia perkhidmat­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia