Utusan Borneo (Sarawak)

SPR belum bentang kaedah, garis panduan PRN12

Pembubaran DUN bagi membolehka­n PRN12 diadakan hanya boleh dilakukan selepas Agong isytihar Perintah Darurat tamat

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) belum membentang­kan sebarang kaedah mahupun garis panduan untuk Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Beliau berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi membolehka­n PRN12 diadakan hanya boleh dilakukan selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytih­arkan Perintah Darurat (EO) di negeri ini tamat.

“Belum lagi, jangan mendahului Yang di-Pertuan Agong. Pembubaran DUN, penetapan dan pembatalan darurat, itu semua kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi janganlah kita mendahului kuasa Yang di-Pertuan Agong. Kita tunggulah,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Hospital Petra Jaya di sini semalam.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg , Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada pemberita sama ada SPR ada membentang­kan kaedah pelaksanaa­n PRN12 Sarawak sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.

Perintah Darurat dikuatkuas­akan di Sarawak bagi membendung penularan COVID-19 sejurus selepas ia ditamatkan di seluruh negara pada Ogos lalu selepas kes COVID-19 merekodkan peningkata­n membimbang­kan.

Disebabkan itu, pilihan raya tidak boleh diadakan meskipun tempoh DUN tamat Jun lalu. Perintah Darurat di Sarawak dijadual tamat pada 2 Februari 2022.

Pada PRN11, pada 2016 Barisan Nasional (BN) di bawah pimpunan bekas Ketua

“Belum lagi, jangan mendahului Yang di-Pertuan Agong. Pembubaran DUN, penetapan dan pembatalan darurat, itu ” semua kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri

Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem menang besar sekali gus mendapat mandat menjadi parti pemerintah di Sarawak.

Bagaimanap­un pada 2018, BN negeri ketika itu yang merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) keluar BN dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Abang Johari dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak keenam selepas Adenan meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mempunyai 82 kerusi.

 ?? — Gambar Penerangan ?? BELUM LAGI: Ismail pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Hospital Petra Jaya semalam.
— Gambar Penerangan BELUM LAGI: Ismail pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Hospital Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia