Utusan Borneo (Sarawak)

PM tidak mahu ada berlaku lantikan kontraktor penyelamat lagi bagi HPJ

-

KUCHING:PerdanaMen­teri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mahu ada berlaku lantikan kontraktor penyelamat lagi bagi projek pembinaan Hospital Petra Jaya (HPJ) di sini.

Bercakap pada sidang media selepas lawatan ke tapak projek pembinaan hospital itu semalam, Ismail Sabri berkata kontraktor yang dilantik perlu dipantau bagi mengelak daripada kelewatan.

“Dari segi pemantauan kerja itu yang penting, kalau tidak ada pemantauan dibuat tentu sahaja kadang-kadang projek itu gagal dan kita mengambil tindakan selepas gagal dengan melantik kontraktor penyelamat.

“Jadi saya kalau boleh tidak mahu berlaku ada kontraktor penyelamat lagi kerana apabila melibatkan kelewatan ini pertamanya harapan untuk penduduk di sini dan kerajaan negeri dapatkan hospital akan terjejas,” katanya.

Tambah Ismail Sabri lebih merugikan, kos akan meningkat kalau projek terlewat daripada jadual dan hospital itu sudah pun meningkat dari segi kosnya kerana terlewat jadual dan sebagainya.

“Jadi merugikan, pertama dari segi kos kerajaan dan keduanya adalah harapan penduduk di sekitar yang memerlukan hospital itu yang lebih penting,” katanya.

Sehubungan itu Ismail Sabri berharap projek itu dapat disiapkan pada 2024 dan perancanga­n untuk menempatka­n pakar-pakar tertentu di sini akan dibincang dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu Pengarah Pasukan Projek Khas 2 Jasmi Wahab dalam taklimatny­a berkata projek itu telah dimulakan pada 2013 namun gagal disiapkan dan ditamatkan kontrak pada 2018.

Pada tahun 2020 katanya, projek ini ditender semula dan melantik Blackfox Engineerin­g Sdn Bhd sebagai kontraktor baharu dengan kos RM410,300,000.

Projek itu katanya, sepatutnya siap pada 7 Januari 2024 namun disebabkan kekangan pandemik COVID-19, tarikh siap dijadual semula pada 7 Mac 2024.

Dari segi skop kerja projek ini merangkumi pertama kerja-kerja tanah, kerja-kerja bangunan merangkumi bangunan lapan tingkat dengan tempat letak kereta bawah tanah serta bangunan-bangunan lain.

Antaranya bilik mayat, jabatan kejurutera­an dan stor perubatan, dapur utama dan katering, balai pelawat dan kafeteria dan bangunan mekanikal dan elektrikal.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap menteri pengiring, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: Ismail (kanan) bersama Abang Johari (tiga kiri) melawat projek pembinaan Hospital Petra Jaya sempena lawatan beliau ke Kuching semalam.
— Gambar Bernama PANTAU: Ismail (kanan) bersama Abang Johari (tiga kiri) melawat projek pembinaan Hospital Petra Jaya sempena lawatan beliau ke Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia