Utusan Borneo (Sarawak)

myKendiri bakal bantu lancarkan struktur operasi pusat jagaan berdaftar

-

KUCHING: Pelancaran baharu Sistem Penilaian Kendiri Pengendali Pusat Jagaan (myKendiri) bakal membantu melancarka­n struktur operasi pusat jagaan berdaftar kata Menteri Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.

Tambah beliau di bawah sistem itu, pengusaha pusat jagaan yang telah berdaftar bertanggun­gjawab mengemukak­an laporan pengoperas­ian pusat jagaan mengikut satu tempoh mengikut syarat minimum yang ditetapkan Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994.

“Dengan myKendiri ia akan memberi penambahba­ikan bukan sahaja dari segi pemantauan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi memudahkan kepada pengusaha pusat jagaan itu sendiri.

“Sebelum ini, kita mempunyai lapan domain untuk 80 soalan yang ditanyakan secara manual dengan pusat jagaan yang berlainan.

“Sekarang, digunakan berasaskan web dan mempunyai akses mana-mana pihak yang berkaitan dan daripada lapan domain itu telah dijadikan hanya empat domain dan daripada 80 soalan sekarang hanya 35 soalan sahaja,” katanya ketika bercakap pada sidang media selepas melawat ke pusat jagaan milik Persatuan Autistik Kuching (KAA) di Batu Kawa semalam.

Jelas sekali tegas beliau, ia memudahkan kedua-dua belah pihak membuat taksiran atau penilaian minimum mengikut standard minimum prosedur operasi standard (SOP) untuk pengusaha pusat jagaan supaya mereka tahu perkara-perkara yang diambil kira.

Kementeria­n mahu mengelak daripaada risiko pusat-pusat jagaan yang tidak berdaftar kerana banyak kes yang terjadi sebelum ini.

Syarat tersebut ujarnya, bukan untuk menyusahka­n tetapi sebenarnya membantu mereka menjalanka­n operasi dalam keadaan baik dan teratur.

“Pengawasan, kelulusan oleh PBT, dibina di tempat yang selamat atau tidak adalah antara kriteria minimum penubuhan pusat jagaan supaya ia bersifat kekal dan bukan sementara untuk sesetengah pihak mengaut keuntungan,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan bahawa sistem myKendiri sudah mulai dapat diakses dan diguna pakai oleh semua pusat jagaan yang telah berdaftar dengan pihak JKM.

Sehingga kini lebih daripada 1,000 pusat jagaan di seluruh negara telah berdafatr dengan JKM dan beliau ketika ditanya, tidak mempunyai jumlah bagi penubuhan pusat jagaan yang tidak berdaftar dengan kementeria­n itu di sini.

Bagaimanap­un, ada banyak pusat jagaan yang ditubuhkan tetapi tidak semua yang didaftarka­n.

Oleh itu, Rina menyeru agar pemimpin masyarakat dan orang ramai membuat aduan kepada lebih kurang 168 cawangan JKM di seluruh daerah untuk diambil tindakan lanjut.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal KanakKanak Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat Fatimah Zuraidah Salleh dan Pengerusi KAA Dr Catherine Chen.

 ?? ?? PENERANGAN: Rina (tengah kanan) diapit Fatimah (kanan) dan Fatimah Zuraidah (di sebelah kiri beliau) mendengar penjelasan tentang pengoperas­ian KAA, Batu Kawa oleh Dr Catherine Chen semasa lawatan beliau semalam.
PENERANGAN: Rina (tengah kanan) diapit Fatimah (kanan) dan Fatimah Zuraidah (di sebelah kiri beliau) mendengar penjelasan tentang pengoperas­ian KAA, Batu Kawa oleh Dr Catherine Chen semasa lawatan beliau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia