Utusan Borneo (Sarawak)

Pembentang­an RUU pindaan Perlembaga­an Persekutua­n diteruskan untuk masukkan peruntukan sejajar MA63

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n akan meneruskan pembentang­an Rang Undang-Undang(RUU)pindaan Perlembaga­an Persekutua­n untuk memasukkan peruntukan sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 26 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanap­un berkata bacaan kali kedua yang dijadual pada 28 Oktober akan dijadual semula ke tarikh lain.

Ia katanya bagi membolehka­n peguam negara memberi penjelasan mengenai cadangan pindaan kepada ahli kabinet mengenai perkara ini.

“Secara prinsipnya kabinet telah meluluskan memorandum RUU ini pada mesyuarat kabinet 20 Oktober lalu.

“Kabinet juga bersetuju menjemput peguam negara pada mesyuarat 28 Oktober ini untuk menjelaska­n mengenai pindaan ini.

“Hanya selepas kabinet berpuas hati, kita akan tetapkan tarikh baharu bagi bacaan kedua di Parlimen,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu ketika lawatan ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Bintawa di sini, Wan Junaidi berkata jadual asal, bacaan kali pertama adalah pada 26 Oktober manakala bacaan kali kedua dibahas dan diputus pada 28 Oktober ini.

Tambah Wan Junaidi, RUU itu dibentang pada mesyuarat kabinet 20 Oktober lepas tetapi ada dua tiga menteri yang bertanya untuk penjelasan.

Tegas Wan Junaidi lagi RUU ini tidak ada masalah hanya persoalan penjelasan seperti yang diminta oleh menteri-menteri.

“Perdana Menteri bersikap terbuka dan mendengar semua pihak, jadi itu sebabnya ditunda dan tergantung sedikit.

“Bukan ditarik balik, kerana secara prinsipnya telah diluluskan kabinet pada 20 Oktober lepas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia