Utusan Borneo (Sarawak)

15,000 penduduk Seberang Hilir bakal dapat manfaat daripada KKIA Bintawa

-

KUCHING: Kira-kira 15,000 penduduk di kawasan Seberang Hilir dari Kampung Boyan hingga Bintawa Hilir bakal mendapat manfaat daripada kemudahan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Bintawa apabila ia siap kelak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata klinik itu sepatutnya siap pada 29 November depan danboleh dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat ini.

“Mulanya pada 2004 kita berdepan masalah dengan tapak namun selepas berbincang dengan Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA), mereka setuju tapak klinik ini berdepan dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Matu Baru di Bintawa Hilir ini.

“Apabila klinik ini hendak dibina, berdepan pula dengan Piliran Raya Umum 2018 dan terpaksa ditangguhk­an.

“Kemudian pada tahun 2020, kita berdepan pula dengan pandemik COVID19 di mana tender tergendala dua kali.

“Akhirnya, klinik ini sepatutnya siap 29 November ini dan kita harap ia akan dapat dibuka secepat yang mungkin kerana klinik lama yang diguna ketika ini sudah terlalu usang,” katanya ketika lawatan ke klinik itu semalam.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menambah keseluruha­n kos bagi pembinaan klinik ini hampir RM1 juta termasuk tapak parkir kenderaan, kemudahan tandas serta pagar mengelilin­gi klinik.

Dalam pada itu penyerahan bangunan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Kampung Bintawa Hilir telah diadakan pada 2019 lagi.

Manakala proses pindah masuk peralatan akan dilakukan selepas pemasangan pagar mengelilin­gi bangunan ini siap.

Apabila dibuka kelak, KKIA ini akan menempatka­n 12 kakitangan dengan dua pegawai perubatan bagi melancarka­n penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan kepada penduduk di sini.

 ?? ?? WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia