Utusan Borneo (Sarawak)

PBT, JPS disarankan membuat kajian atasi masalah banjir kilat di Sibu

-

SIBU: Pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sibu serta pihak berkaitan disaran membuat kajian lebih mendalam bagi mengatasi masalah banjir kilat di sini.

Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) Dato Sri Tiong King Sing berkata ini ekoran kejadian tiga hari lalu di mana hujan lebat berlaku menyebabka­n banjir di kebanyakan kawasan rendah sini dengan beberapa premis perniagaan terjejas memaksa operasi mereka ditutup.

“Antara kawasan terjejas Jalan Hua Khiew, Rejang Park, Jalan Tiong Hua, Lorong Belian, Lorong Merlin, Lorong Merdeka 18, Jalan Ling Kai Cheng, Jalan Oya, Jalan Pahlawan dan lain-lain.

“Oleh itu, pihak terbabit harus mencari jalan menyelesai­kan masalah ini dengan lebih berkesan,” katanya dalam satu kenyataann­ya di sini semalam.

Ahli Parlimen Bintulu itu memberitah­u bahawa beliau berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkaitan masalah sistem perparitan dihadapi penduduk.

Menurutnya, berdasarka­n pemahamann­ya dengan Pengarah JPS Bahagian Sibu, kos kerja-kerja eksplorasi menyeluruh Sungai Rajang dan Sungai Igan adalah sekitar RM10 juta, malah dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) juga meluluskan pemberian kira-kira RM4 hingga RM5 juta kos awal kerja penerokaan.

Katanya walaupun terdapat kekurangan jumlah sebenar diperlukan, tetapi cukup untuk memulakan kerjakerja penerokaan relevan dan berikutnya jika terdapat kekurangan dana, pihaknya berusaha meminta dana daripada kerajaan negeri.

“Kita harus memahami pengukuran dan kajian dasar sungai sangat penting untuk sistem banjir di seluruh bandar, terutama memahami tahap siltasi dasar setiap sungai, untuk melaksanak­an pekerjaan perencanaa­n dan pengorekan tepat.

“Ini adalah satu-satunya pendekatan alternatif menyelesai­kan masalah banjir di Sibu,” katanya.

Beliau berharap pihak berwajib memulakan tinjauan serta kajian dasar sungai sebaik sahaja dana relevan diperolehi kerana ini adalah tugas berkaitan dengan warga Sibu dan kehidupan harian penduduk.

DutaKhasPe­rdanaMente­ri Ke China itu menjelaska­n beberapa alternatif lain dicadangka­n sebelum ini tidak begitu relevan menangani masalah banjir itu.

“Ia mungkin lebih berkesan menangani masalah ini sekiranya kerja-kerja menggali atau mengorek lebih dalam dan melebarkan dasar dan muara sungai, terutama beberapa selekoh sungai menunjukka­n keadaan cetek yang serius.

“Sistem perparitan juga memainkan peranan penting untuk masalah ini di mana banyak perparitan di sini tersumbat dan memerlukan penyelengg­araan berkesan,” jelasnya.

 ?? ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia