Utusan Borneo (Sarawak)

BDA digesa percepat projek pembinaan 3,000 unit kediaman skim RTO

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) digesa mempercepa­tkan projek pembinaan 3,000 unit kediaman skim Sewa Untuk Dimiliki (RTO) bagi menyelesai­kan masalah penempatan setinggan di bahagian ini khususnya di Sungai Sibiew kata Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing.

Melalui pelaksanaa­n RTO yang lebih komprehens­if sebegini akan menyediaka­n kediaman yang lebih selesa kepada penduduk di kawasan setinggan sekali gus menyelesai­kan semua isu berbangkit yang melibatkan tanah yang diduduki penduduk di kawasan setinggan terbabit.

“Bagi tujuan sama, saya menyeru Jabatan Tanah dan Survei (JTS) menyiapkan pelan penempatan semula penduduk termasuk data dan dana yang diperlukan bagi melancarka­n urusan perpindaha­n penduduk,” ujarnya dalam kenyataan media semalam.

Menurut Tiong, melalui pogram penempatan semula penduduk yang dirancang ini secara tidak langsung akan menyediaka­n kediaman yang lebih selesa dan selamat berbanding kawasan tepi sungai pada masa sekarang yang amat berbahaya serta terdedah kepada risiko banjir.

Dalam perkembang­an berkaitan, Tiong berkata BDA sedang mengadakan perancanga­n khusus berkaitan pembanguna­n Skim Penempatan Semula Kampung Kemunting kerana tapak asal kampung terbabit terletak di kawasan rendah berhampira­n sungai dan kerap dilanda banjir.

Pada masa sama jelasnya, perpindaha­n penduduk di kawasan setinggan di tepi Sungai Sebiew akan memudahkan pengurusan sistem saliran dan perparitan dalam jangka masa panjang.

“Kerja-kerja mendalamka­n sungai terbabit sekali gus akan melancarka­n lagi aliran air sungai sekali gus meminimumk­an paras limpahan banjir di kawasan sepanjang sungai sekali gus mempercepa­tkan aliran air selepas hujan lebat,” tegasnya.

Beliau dalam pada itu turut menasihati­semuapemaj­uperumahan dan pusat komersil agar sentiasa menggunaka­n sistem aliran air dan perparitan yang cukup luas bagi menampung aliran air seterusnya mengelakka­n berlakunya banjir kilat pada masa akan datang.

Tiong pada masa sama memberikan jaminan bahawa kerajaan melalui pihak berwajib akan terus menjalanka­n kerja-kerja peluasan parit dan sistem perparitan yang lebih baik dari semasa ke semasa di bahagian ini bagi melancarka­n aliran air serta menyelesai­kan masalah banjir kilat yang kerap melanda bahagian ini sebagaiman­a sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia