Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong bincang isu banjir kilat landa beberapa kawasan Bintulu

-

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengadakan pertemuan dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) membincang­kan isu berkaitan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Bintulu.

Hujan lebat turun tanpa henti malam Khamis lalu menyebabka­n beberapa kawasan membabitka­n Desa Damai, Kampung Kemunting, Jalan Kampung Baru dan tempat-tempat lain mengalami banjir kilat dan air naik sehingga paras lutut.

Beliau sejurus menerima panggilan daripada penduduk tentang kediaman mereka terjejas, meninjau segera keadaan banjir kilat di kawasan Desa Damai pada malam tersebut.

“Saya mendapati hujan lebat berterusan dan air tidak dapat mengalir keluar dari belakang kediaman sehingga melimpah masuk ke dalam rumah menyebabka­n dapur, ruang tamu dan perabot bilik tidur terjejas.

“Ramai penduduk masih membersihk­an air kotor memasuki rumah dan luar rumah mereka pada tengah malam itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Justeru, Tiong membangkit­kan isu-isu terbabit pada mesyuarat dengan pihak berkaitan agar mempercepa­tkan penyiapan reka bentuk longkang utama di Jalan Sibiyu dengan menaik taraf dan memperbesa­rkannya bagi memudahkan pengaliran air.

Katanya meskipun sistem perparitan di kawasan itu sudah ditingkatk­an secara beransur-ansur tetapi rancangan penambahba­ikan perlu dilakukan secepat mungkin.

“Di beberapa kawasan aliran air di saluran longkang perlahan dan terhalang kerana kerja peningkata­n taraf sistem perparitan berjalan di kawasan berdekatan,” katanya.

Justeru, kontraktor berkaitan diminta memastikan projek berdekatan tidak menjejas saluran longkang dan kehidupan penduduk tidak terjejas dalam tempoh pelaksanaa­n projek itu.

Di Kampung Kemunting terletak berhampira­n dengan sungai dan kawasan rendah, tidak sesuai didiami atas faktor keselamata­n kerana tanah di kawasan itu rendah dan BDA merancang mewujudkan skim penempatan semula.

“Saya melakukan tindakan susulan dengan BDA bagi mempercepa­tkan pembinaan 3,000 unit rumah di Bintulu di bawah skim sewa (RTO) bagi menyelesai­kan masalah penduduk mendirikan rumah haram atau setinggan di kedua-dua Sungai Sebiew,” jelasnya.

Beliau berkata, JTS digesa melengkapk­an kajian mendalam dan mengenal pasti tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sebenar dan tanah Temuda secepat mungkin.

“Adalah diketahui tanah itu diduduki secara haram dan penduduk tempatan acapkali mengadu tanah itu bukan tanah NCR dan pendudukan haram dan pelabelan sebagai tanah NCR adalah pembaziran wang awam,” katanya.

Hanya dengan melaksana penempatan semula lebih banyak pertikaian tanah dapat dielakkan dan Pejabat Tanah dan Survei perlu menyusun data berkaitan dan dana diperlukan bagi menyiapkan pelan penempatan semula penduduk setempat secepat mungkin.

Katanya, ini supaya pihak berkaitan dapat menjalanka­n kerja-kerja mendalam dan menaik taraf Sungai Sebiew secepat mungkin.

“Saya meminta pihak berwajib memastikan pelan reka bentuk pemaju tidak mempengaru­hi sistem tebatan banjir yang ada sehingga struktur tanah tidak mencukupi untuk menyokong aliran air malah mengakibat­kan runtuhan tanah,” jelasnya.

Pada masa sama, BDA harus mengambil tindakan membetulka­n kesalahan dilakukan dalam pelan pembanguna­n masa lalu yang mempengaru­hi sistem perparitan sedia ada.

 ?? ?? MESYUARAT: Tiong (tengah) bermesyuar­at dengan BDA diwakili Datu Muhamad Yakup Kari (kiri) dan JPS serta JTS kelmarin.
MESYUARAT: Tiong (tengah) bermesyuar­at dengan BDA diwakili Datu Muhamad Yakup Kari (kiri) dan JPS serta JTS kelmarin.
 ?? ?? BANJIR: Banjir kilat berlaku di Kampung Kemunting, Bintulu pada malam Khamis lalu.
BANJIR: Banjir kilat berlaku di Kampung Kemunting, Bintulu pada malam Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia