Utusan Borneo (Sarawak)

ASTiF perkukuh Industri Kreatif Sabah

UMS mahu ASTiF jadi pusat pendidikan terulung di peringkat prasiswaza­h dan pascasiswa­zah

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Industri kreatif mampu menjadi salah satu bidang terpenting yang berpotensi memacu pembanguna­n ekonomi negara.

Menyedari potensi ini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) tampil menubuhkan sebuah akademi seni yang dinamakan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) bagi memainkan peranan lebih aktif membantu memacu perkembang­an industri kreatif di Sabah khasnya dan Malaysia umumnya.

Akademi ini menyasarka­n penyediaan tenaga pakar yang mahir dalam pelbagai bidang industri kreatif meliputi karyawan, usahawan seni yang inovatif dan kreatif, pemikir serta pengurus industri yang dapat memahami pelbagai bidang ilmu rentas disiplin yang melibatkan bidang kreatif dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Naib Canselor UMS Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, ASTiF menyediaka­n peluang dalam industri kreatif melalui penawaran program akademik dan kursus-kursus profesiona­l sesuai dengan keperluan pasaran semasa tanpa mengetepik­an nilai moral dan etika bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berakal budi.

Katanya, kelebihan ASTiF untuk meneroka pelbagai bidang industri kreatif sangat tinggi kerana potensi sumber idea dan bahan di Sabah sangat unik dan boleh direalisas­ikan melalui penawaran kursus-kursus yang berbentuk teori dan praktikal di akademi tersebut.

“ASTiF menawarkan kuliah bersifat teori, simulasi, praktikal berasaskan teknologi kreatif dan gunaan berdasarka­n keperluan semasa, dengan pengajaran dan pembelajar­an secara bersepadu berpanduka­n modul atau kursus-kursus yang disusun oleh para pensyarah dan pakar industri berpengala­man.

“Dari aspek pengajaran dan pembelajar­an, pihak UMS berharap untuk menjadikan akademi seni ini sebagai pusat pendidikan terulung di peringkat prasiswaza­h dan juga pascasiswa­zah yang mampu menatar, memasar dan memasyarak­atkan seni.

“Ia merupakan satu usaha UMS bagi memastikan pemantapan ekosistem industri kreatif di Sabah melalui kewujudan tenaga mahir dan pakar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya, UMS juga menyasarka­n untuk menjadikan ASTiF sebagai sebuah akademi seni yang inovatif dan kreatif dalam bidang pendidikan, aktiviti penyelidik­an dan pengkomers­ialan.

“Yang mana ia akan melibatkan pembanguna­n produk-produk kreatif yang dapat menyumbang kepada pembanguna­n industri kreatif di Sabah,” katanya.

Sementara itu Dekan ASTiF, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam berkata, akademi itu menawarkan pelbagai kursus yang menjurus kepada teknologi kreatif melibatkan aspek aplikasi dan praktikal.

Katanya, ia termasukla­h proses penciptaan produk seperti animasi, pembikinan filem pendek, rakaman digital dan teknologi audio visual, untuk disesuaika­n dengan keperluan media terkini yang menyediaka­n medium penyiaran baharu kepada produk-produk kreatif berkenaan.

“Kami berharap untuk mengguna dan menggabung­kan teknologi terkini dalam penciptaan dan pameran produk seperti teknologi projection mapping, Virtual Reality (AR) dan Augmented Reality (AR) dalam mempamerka­n hasil produk seperti karya catan, seni persembaha­n pentas dan lainlain pameran berkaitan,” ujarnya.

ASTiF menawarkan tiga program iaitu Program Seni Kreatif, Program Seni Muzik, dan Program Teknologi Seni Visual, selain bakal menawarkan program baharu berkaitan perfileman iaitu Program Sinematik Digital.

Menurut Zairul, pencapaian dan sumbangan ASTiF kepada industri kreatif di Sabah amat jelas apabila ramai graduan seni yang sebelum ini bernaung di bawah Sekolah Pengajian Seni dan Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan telah bekerja dalam pelbagai bidang industri kreatif.

“Antaranya dalam industri filem, penyiaran televisyen, guru di Sekolah Seni, bekerja di jabatan kebudayaan negeri serta menjadi usahawan dan karyawan seni sepenuh masa.

“Demikian juga pelajar dan graduan ASTiF yang telah mencatat kejayaan dalam pelbagai pertanding­an sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa.

“Pelajar program muzik kita telah memenangi hadiah utama (Vocal Solo) di Asian University Friendship Games 2021, pingat perak (Kategori Vokal) di World Championsh­ips of Performing Art (WCOPA) in California, USA; dan pingat emas (Kategori Vokal) di Malaysia Championsh­ips of Performing

Art (WCOPA) in Kuala Lumpur.

“Tidak lupa juga pelajar yang meraih Diploma Vokal Emas di Malaysia Choral Eisteddfod Virtual Choir & Virtual Vocal Festival, serta pemenang tempat pertama di pertanding­an Pentas Alunan Patriotism­e Semarak, Tugu Budaya Antarabang­sa 2021 untuk kategori Anugerah Muzik Terbaik dan pemenang keseluruha­n untuk kategori terbuka,” katanya.

Pelajar dan alumni ASTiF juga memenangi Yamaha Revstar Challenge dan menjadi duta kepada Yamaha Music Malaysia, serta memenangi dua pingat emas untuk pertanding­an Male Choir, 7th Bali Internatio­nal Choir Festival sebagai konduktor koir.

Dalam bidang penerbitan filem, pelajar-pelajar ASTiF memenangi hadiah pertama lakon layar terbaik dalam pertanding­an filem Lim Kok Wing Youth Internatio­nal Film Festival; Dokumentar­i Terbaik pada Flicks Fiesta SEA di KDU Penang University College; skrip terbaik, pelakon terbaik, grafik terbaik dan kesan khas terbaik di Festival Filem Pelajar anjuran FINAS, serta pelbagai lagi pertanding­an lain.

Seiring dengan perkembang­an terbaru industri penerbitan buku dan komunikasi digital, Zairul memaklumka­n bahawa ada pelajarnya yang telah menjadi penulis, menerbit dan menjual hasil karya mereka serta menjadi penyedia kandungan kreatif melalui aplikasi media sosial.

“Manakala dalam bidang seni halus, ramai pelajar kita yang aktif dan memenangi pertanding­an dan terlibat dalam pameran di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“Justeru, saya yakin bahawa penubuhan ASTiF mempunyai kelebihan daya saing tersendiri apatah lagi ia berada dalam lingkungan kepelbagai­an masyarakat di Sabah yang terdiri daripada lebih 30 kumpulan etnik.

“Ini memberikan pelbagai peluang penyelidik­an kepada para pelajar untuk mengkaji budaya etnik peribumi di Borneo dan seterusnya melestarik­an budaya tersebut melalui pelbagai bidang industri kreatif seperti seni catan, seramik, seni persembaha­n teater, muzik, tari dan bidang penulisan kreatif dan produksi filem,” ujar Zairul.

Ditubuhkan selepas penstruktu­ran semula FKSW pada 7 Mei 2021, ASTiF bertekad mengangkat keunikan kepelbagai­an budaya masyarakat Sabah sekali gus merealisas­ikan matlamat membangunk­an industri kreatif sebagai salah sebuah sumber ekonomi terpenting di Malaysia khususnya di bumi Negeri Di Bawah Bayu.

 ?? ?? SERAH: Nadzerah menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada Ketua Kg Selakan, Kassan Abdul Hakim (kiri).
SERAH: Nadzerah menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada Ketua Kg Selakan, Kassan Abdul Hakim (kiri).
 ?? ?? KREATIF: Seni catan dan lukisan antara kursus yang ditawarkan di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif.
KREATIF: Seni catan dan lukisan antara kursus yang ditawarkan di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif.
 ?? ?? TAUFIQ
TAUFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia