Utusan Borneo (Sarawak)

Buku rujukan MA63, Perkara 20, Borneonisa­si akan disusun

-

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah akan menyusun buku rujukan tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perkara 20, Borneonisa­si dan Sejarah Perjuangan Presiden parti itu dalam memperjuan­gkan hakhak rakyat Sabah dalam Persekutua­n Malaysia.

Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, pucuk pimpinan parti mengambil pendekatan tersebut sesuai dengan cadangan-cadangan yang dibahaskan para perwakilan dalam perbahasan ucapan dasar presiden.

“Kita menerima baik cadangan-cadangan para pembahas yang meminta agar bahan rujukan tersebut disusun untuk dipelajari dan dihayati oleh kalangan pemimpin parti di pelbagai peringkat,” katanya.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian dalam sesi penggulung­an perbahasan ucapan dasar presiden sempena Mesyuarat Agung Perwakilan TriTahunan Kedua di Sokid Villa baru-baru ini.

Beliau turut mengambil perhatian serius terhadap desakan para perwakilan yang meminta agar STAR menurunkan lebih ramai calon bertanding untuk memenangi lebih banyak kerusi bagi menyuaraka­n hak-hak Sabah di Parlimen.

“Ini termasuk desakan mencalonka­n lebih ramai calon wiranita dan wiramuda bertanding atas tiket parti,” katanya yang juga Ahli Parlimen

Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan.

Jeffrey kemudian mengumumka­n pelantikan semula Senator Datuk Guandee Kohoi sebagai Setiausaha Agung STAR serta Datuk Iskandar Datuk Abdul Malek sebagai Bendahari Agung.

Guandee yang juga Pengerusi Penganjur Mesyuarat Agung mengucapka­n terima kasih kepada presiden dan ahli-ahli jawatankua­sa pelaksana di atas kerja keras menjayakan mesyuarat tersebut berdasarka­n SOP fasa pemulihan COVID19.

Naib Presiden yang juga Pengarah Strategik STAR Edward Linggu seterusnya mengumumka­n keputusan pemilihan kepimpinan parti bagi tempoh 2021-2023.

Presiden Jeffrey, Timbalan-Timbalan Presiden Datuk Ellron Alfred Angin, Datuk Robert Tawik dan Fung Len Fui.

Naib-Naib Presiden Datuk Annuar Ayub Aman, Apas Nawawi Saking, Datuk Abidin Madingkir, Dr Paul Porodong dan Kapitan Stephen Teo.

Ahli-ahli Majlis Tertinggi Evaristus Gungkit, Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan, Ir Joel Masilung, Jasmin Dulin, Suling Isip, Muarifidin Malik Chua, Marunsai Dawai, Ir Jovilis Majami, Johari Pongod, Hafiz Aliapa Osman, Susy Lojimit, Ir. Awang Salleh dan DS Raplin Samat.

Ketua Wiranita Flovia Ng dan Ketua Wiramuda Kong Soon Choi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia