Utusan Borneo (Sarawak)

Jeffrey hulur sumbangan bantu pelajar IPT

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Ibu bapa pelajar yang menghadapi masalah kewangan ketika pandemik COVID-19 terima sumbangan dana ihsan Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Pegawai Tadbir di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau, Betty Abie mewakili Jeffrey menyampaik­an sumbangan berupa wang kepada pelajar yang menerima tawaran serta meneruskan pembelajar­an ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk pembelian komputer.

Pengusaha perkhidmat­an kereta sewa yang berasal dari kampung Sandapak Bingkor, Franchis VG Nair adalah antara yang menerima sumbangan tunai bagi kos biaya perjalanan anak-anaknya yang akan meneruskan pengajian ke Pusat Tinggi UiTM Sarawak, Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus Sandakan dan ke Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Pangkalan Tg

Pengelih Pengerang Johor.

Sementara itu, pelajar Program Pengajian Sarjana Muda Teknologi Kejurutera­an Pembuatan (Farmaseuti­kal) Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang tinggal di Taman Villa Palma, Aidil Nariman Atak @ Ibrahim turut menerima sumbangan dana bagi pembelian komputer bagi kemudahan pembelajar­annya.

Dalam masa yang sama, Betty turut menyampaik­an sumbangan tunai sebagai modal pusingan awal memulakan perniagaan kecil-kecilan kepada penduduk kampung Kadalakan, Bedah Yuging yang bercadang memulakan perniagaan menjual kuih muih, mi dan minuman ringan di kawasan persekitar­an perkampung­an demi menambah pendapatan harian keluargany­a.

Betty berharap semoga dengan bantuan daripada Jeffrey itu sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n bebanan kewangan yang ditanggung oleh para penerima.

 ?? ?? SAMPAIKAN: Betty (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Franchis.
SAMPAIKAN: Betty (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Franchis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia