Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sebar berita palsu mengenai vaksin dos penggalak

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Orang ramai terutama golongan anti vaksin diharap tidak membuat sebarang spekulasi serta berita palsu berkenaan pemberian vaksin dos penggalak yang mula diberikan di negeri ini.

NaibKetuaA­rmadaBERSA­TU Sabah,RafieRober­tberkatase­ruan tersebut adalah bagi membantu memudahkan petugas barisan hadapan serta memastikan kelancaran urusan pemberian Vaksin Dos Penggalak.

Beliau yang juga Ketua Armada BERSATU Bahagian Keningau berkata, golongan berhaluan kiri itu diharap tidak mempengaru­hi orang lain dengan pandangan dan pendapat peribadi mereka, kerana ianya mampu memperlaha­nkan usaha kerajaan untuk memulihkan negara melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Mereka akan sering muncul dengan sudut pandangan yang negatif dan mencari sumber untuk menyokong kenyataan negatif mereka tersebut dan menafikan kenyataan yang benar.

“Golongan anti vaksin ini bukan hanya ada di negara ini tetapi juga terdapat di seluruh dunia tanpa mengira agama dan kaum khususnya negara yang mengamalka­n kebebasan bersuara.

“Oleh itu, diharapkan dengan bermulanya usaha pemberian dos penggalak di negeri ini, golongan ini tidak muncul dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas, spekulasi dan berita palsu,” jelasnya ketika dihubungi di sini, semalam.

Seperti yang dimaklumka­n, seramai 253,953 orang individu yang terdiri daripada petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan berisiko layak menerima dos penggalak di Sabah.

Pada masa kini juga Kementeria­n Kesihatan memberi keutamaan pemberian vaksin itu kepada penerima vaksin PfizerBioN­Teach atau Comirnaty.

Walaupun pengambila­n dos penggalak itu juga adalah cuma pilihan namun, ia sangat digalakkan bagi memastikan penerimany­a mendapat perlindung­an optimum.

 ?? ?? RAFIE
RAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia