Utusan Borneo (Sarawak)

Gantian penuh dua sekolah Kimanis bermula tahun depan

Anggaran peruntukan SK Pekan Kimanis RM21 juta, SK Binsulok RM7 juta

- Oleh Kenneddy Corlleus

MEMBAKUT: Status pembinaan gantian penuh dua sekolah yang lama serta uzur di Parlimen Kimanis kini di peringkat akhir.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, dua buah sekolah iaitu, Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kimanis dan SK Binsuluk dijangka mula dilaksanak­an pembinaann­ya pada tahun hadapan selewatlew­atnya pada Februari atau Mac 2022.

“Anggaran peruntukan bagi melaksanak­an projek gantian penuh bagi SK Pekan Kimanis adalah RM21 juta, manakala bagi SK Binsulok adalah lebih kurang RM7 juta yang turut termasuk sebuah bangunan pra sekolah.

“Mudah-mudahan pelaksanaa­n projek gantian penuh bagi kedua-dua buah sekolah ini dapat mengatasi isu yang sekian lama dihadapi oleh sekolah terbabit yang sudah uzur dan pada masa sama menyelesai­kan isu kepadatan murid.

“Saya percaya pelaksanaa­n projek ini juga akan memberi manfaat kepada murid-murid untuk meneruskan pembelajar­an dalam persekitar­an yang selesa serta kondusif dan sudah pasti masyarakat di sekitarnya juga menyambut baik perkembang­an ini,” katanya selepas melakukan lawatan kerja dan tinjauan ke dua buah sekolah itu, kelmarin.

Sempena lawatan itu, Mohamad serta rombongan turut mengadakan lawatan ke Sekolah Integrasi Kaliah Khan (SIKK) di Membakut yang dalam perancanga­n untuk diserap menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Lawatan beliau ke SIKK itu bertujuan memastikan syarat-syarat untuk diserap menjadi SABK menepati kriteria yang ditetapkan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Jelas beliau, KPM mempunyai program untuk membantu mana-mana Sekolah Integrasi menjadi salah sebuah SABK dan program berkenaan telah pun dibuat dan dilaksanak­an di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia