Utusan Borneo (Sarawak)

RCKK Pearl serah penapis air kepada 106 keluarga

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl (RCKK Pearl) telah tampil ke empat buah kampung bagi membantu menyelesai­kan masalah bekalan air bersih.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Presiden RCKK Pearl Majella Marjorie Tan Marquez, Mantan Presiden Kapitan Eliza Goh dan Pengarah Perkhidmat­an Komuniti Tulip Noorazyze bersama-sama dengan ahliahli RCKK Pearl melawat ke Kampung Mahansung, Kg. Timpangoh, Kg Kodou dan Kg Kaanapan untuk menyerahka­n penapis air EFINITY untuk kegunaan 106 buah keluarga.

Bekalan air paip graviti kampung-kampung berkenaan rosak akibat tanah runtuh dan banjir yang berlaku baru-baru ini, sekali gus menjejaska­n bekalan air kepada penduduk.

RCKKPearlb­erharapsum­bangan penapis air berkenaan akan mampu melegakan rasa bimbang penduduk bagi mendapatka­n bekalan air bersih untuk memasak dan minum.

Cara sedemikian adalah lebih mampan bagi membantu penduduk berbanding hanya menghantar air mineral sahaja.

Bekalan air dan sanitasi adalah Projek WASH iaitu salah satu inisiatif utama RCKK Pearl dalam membantu komuniti.

Penduduk kampung juga ditunjukka­n cara-cara menggunaka­n penapis buatan Malaysia itu. Dengan menggunaka­n pam udara, air yang keruh disedut ke dalam saluran penapis. Kemudianny­a ditapis oleh penapis EFINITY EZ dan akhirnya menghasilk­an air bersih.

Penapis air berkenaan sangat ringan, boleh dibawa ke mana-mana dan mudah untuk dipasang. Ia boleh menghasilk­an sebanyak tiga liter air dalam tempoh seminit. Penapis senang untuk dicuci dan dijamin tahan sehingga lima tahun.

Pada awal tahun ini, mangsa banjir dari Kg Pangasaan Sugud telah menerima 25 penapis air dan 28 lampu solar. Sementara itu, keluargake­luarga di Kg Labak Kinarut juga menerima penapis air seumpamany­a, tilam, bantal dan tuala.

Satu usaha daripada penduduk setempat untuk membersihk­an rumah mangsa banjir juga dilakukan. Kerjakerja menyelengg­ara bekalan air dan elektrik juga dilaksanak­an.

Semua misi bantuan berkenaan berjaya dilakukan menerusi sumbangan-sumbangan daripada geran bantuan bencana Rotary District 3310, Pertubuhan Komuniti

ELITE, Yayasan Thiam Lai Yean serta para penderma yang murah hati.

 ?? ?? PRIHATIN: Eliza (kiri) dilihat membantu dalam proses menapis air.
PRIHATIN: Eliza (kiri) dilihat membantu dalam proses menapis air.
 ?? ?? TUNJUK AJAR: kelihatan Eliza (dua kiri), bersama tetamu kehormat dan beberapa penduduk kampung melihat cara-cara penggunaan penapis air EFINITY.
TUNJUK AJAR: kelihatan Eliza (dua kiri), bersama tetamu kehormat dan beberapa penduduk kampung melihat cara-cara penggunaan penapis air EFINITY.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia