Utusan Borneo (Sarawak)

MPS ubah enam kawasan lapang menjadi taman riadah komuniti

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mengubah enam kawasan lapang di kawasan perumahan sekitar bandar ini menjadi taman riadah komuniti dalam usaha mempromosi­kan gaya hidup sihat.

Enam kawasan lapang terbabit di Jalan Hulu Sungai Merah 50A1, Lorong Perpati 2B, Lorong Sentosa, Lorong Wong King Huo 18C, Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 50 dan Jalan Bandong di sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kawalan dan Pengindaha­n Bandar MPS Joseph Chieng berkata pembinaan taman riadah itu bagi mempromosi­kan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat.

“Tambahan semua kawasan itu tidak mempunyai kemudahan taman untuk penduduk beriadah atau meluangkan masa lapang.

“Kita mahu warga emas dan kanak-kanak menggunaka­n taman riadah itu untuk menjalani gaya hidup yang sihat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Hadir sama Timbalanny­a Sammy Ngelambai serta Ahli Jawatankua­sanya Lim Tiong Guan dan Raymond Tiong.

Chieng berkata, taman riadah komuniti itu dilengkapi dengan trek larian, permainan kanak-kanak seperti gelongsor, buaian dan jongkang-jongket selain dua peralatan senam.

“Kita juga menyediaka­n bangku dan tempat parkir berhampira­n taman ini,” jelasnya sambil menambah lima taman awam sedia ada juga dinaik taraf.

Lima taman awam itu ialah Taman Lalu Lintas Rejang, Taman Peringatan Kutien, Taman Hu Ning, Taman Komuniti Lorong Lim Han Swee 8 dan Taman Komuniti Mantis Selatan.

“Kebanyakan projek dijangka siap hujung tahun ini dan diserahkan kepada kontraktor serta kerja-kerja bermula awal bulan depan,” katanya.

Chieng juga merayu kerjasama penduduk agar menjaga kemudahan di taman-taman komuniti untuk faedah bersama.

 ?? ?? TAMAN RIADAH: (Dari kiri) Sammy, Lim, Chieng dan Tiong ketika meninjau kawasan lapang di Lorong Perpati 2B, Sibu yang akan diubah menjadi taman riadah komuniti.
TAMAN RIADAH: (Dari kiri) Sammy, Lim, Chieng dan Tiong ketika meninjau kawasan lapang di Lorong Perpati 2B, Sibu yang akan diubah menjadi taman riadah komuniti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia