Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian PERKESO banyak ditentukan komitmen berterusan anggota terlibat

-

SARIKEI: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) merupakan organisasi dipertangg­ungjawabka­n bagi membantu melaksanak­an program kerajaan di bawah Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata antara pakej tersebut ialah seperti Program Subsidi Upah dan Program PENJANA Kerjaya.

“Sesungguhn­ya, pencapaian PERKESO banyak ditentukan komitmen berterusan anggota terlibat dalam mencorakka­n hala tuju PERKESO sehingga kini.

“Dalam keadaan pandemik COVID-19 ini, kita dimaklumka­n PERKESO masih komited menjalanka­n tugas.

“Misalnya, program temu duga secara dalam talian memastikan orang awam khususnya pencari kerja dapat menghadiri temu duga secara dalam talian,” katanya pada Sambutan Jubli Emas 2021 dan Kerjaya Mini 2021 di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) semalam.

Sambutan Jubli Emas PERKESO itu menandakan genap penubuhann­ya selama 50 tahun.

Menurutnya, penganjura­n sambutan itu dapat mengimbas kembali segala sumbangan dan peranan PERKESO sebagai penyedia keselamata­n sosial dinamik, unggul dan cemerlang.

Mengulas berkaitan pembanguna­n di Sarikei, Huang berkata projek besar seperti jalan Sarikei ke Tanjung Manis dan CPPC sesuatu yang amat ditunggu-tunggu rakyat Repok dan Sarikei.

“Langkah ini juga sebagai menunaikan janji kepada rakyat menantikan pembanguna­n di Sarikei.

“Oleh itu, kita amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana meluluskan dana projek tersebut.

“Terima kasih juga kerana sentiasa prihatin kepad keperluan seluruh rakyat Sarikei,” katanya.

Sementara itu, Pengurus PERKESO Bahagian Sarikei Fenny Lim dalam ucapan alu-aluannya berkata, Hari PERKESO pada tahun ini adalah hari bermakna bagi seluruh warga kerja PERKESO.

Katanya, tahun ini merupakan Jubli Emas PERKESO menandakan penubuhan PERKESO kini menjangkau usia melebihi lima dekad.

“Pertubuhan Keselamata­n Sosial secara rasmi disingkatk­an sebagai PERKESO ditubuhkan pada 1 Oktober 1971 merupakan sebuah agensi di bawah Kementeria­n Sumber Manusia Malaysia.

“PERKESO pada awal penubuhann­ya diberikan amanah dan tanggungja­wab mentadbir dan melaksanak­an skim keselamata­n sosial di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969.

“Sejajar peredaran masa dan perubahan keperluan perlindung­an sosial pekerja, kini PERKESO turut menguatkua­sakan Akta Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri mulai Julai 2017 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) pada Januari 2018,” kata Fenny.

Tambahnya, pada 2020 PERKESO bergiat aktif sebagai peneraju Keselamata­n Sosial Malaysia mendukung penuh usaha kerajaan membantu golongan pekerja dan majikan terkesan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia